Home Nasional KKR fokus baik pulih kerosakan akibat bencana alam
Nasional

KKR fokus baik pulih kerosakan akibat bencana alam

KKR fokus baik pulih kerosakan akibat bencana alam

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi / Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 14 Januari – Sembilan lokasi di Semenanjung dikenal pasti untuk dibaik pulih akibat kerosakan berpunca daripada bencana alam, termasuk kesan Monsun Timur Laut (MTL), kata Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Beliau berkata, lokasi yang terlibat merangkumi beberapa negeri, iaitu Kelantan, Perak, dan Terengganu.

Kerosakan yang diberi perhatian melibatkan pembaikan cerun runtuh dan baik pulih kerosakan jalan akibat banjir.

“Di Kelantan, terdapat dua lokasi yang terlibat, manakala di Perak ada lima lokasi dan Terengganu pula dua lokasi. Mungkin ada kerosakan yang belum dilaporkan, namun kami sentiasa bersedia menerima laporan baharu.

“Kementerian telah menggerakkan Bilik Gerakan Bencana Alam yang dikenali sebagai Big Band EA untuk menangani situasi ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Kerja Raya di Kompleks KKR, di sini.

Nanta turut menegaskan pembaikan kerosakan jalan berturap dan tidak berturap di Sabah dan Sarawak turut diberi perhatian khusus.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....