Home Nasional KKM terima aduan buli berbaur perkauman, budaya kerja toksik
Nasional

KKM terima aduan buli berbaur perkauman, budaya kerja toksik

KKM terima aduan buli berbaur perkauman, budaya kerja toksik

KKM

PUTRAJAYA, 27 Januari- Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan menerima aduan yang diterbitkan dalam media sosial dan media tempatan berkenaan insiden buli berbaur perkauman dan budaya kerja toksik di sebuah hospital di Sabah.

KKM memaklumkan isu berkenaan telah dirujuk kepada Unit Integriti untuk siasatan dan tindakan susulan akan diambil secepat mungkin.

\”Pihak yang berkenaan juga digalakkan membuat laporan rasmi melalui sistem MyHelp untuk membantu siasatan. Perlakuan buli dalam apa jua bentuk dan kategori tiada tempat dalam KKM,\” menurut kenyataan hari ini.

KKM memaklumkan pihaknya mengamalkan dasar toleransi sifar terhadap buli kerana perbuatan itu bertentangan dengan hasrat untuk mewujudkan persekitaran yang selamat dan adil kepada semua.

Tindakan tegas termasuk tatatertib akan diambil terhadap pelaku sekiranya kesalahan dapat dibuktikan, menurut KKM.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....