Home Nasional KKM siasat lelaki tayang badan ketika jual durian
Nasional

KKM siasat lelaki tayang badan ketika jual durian

IPOH, 12 Julai-Tindakan sekumpulan lelaki menjual durian tanpa memakai baju yang tular di media sosial disifatkan tidak wajar.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata sehubungan itu beliau telah mengarahkan pihaknya untuk menjalankan siasatan lanjut berkenaan isu tersebut.

Sekiranya didapati berlaku kesalahan, tindakan sewajarnya akan diambil terhadap pihak terlibat.

\”Memang tidak sesuai dalam hal kita proses penyediaan makanan ataupun penjual makanan, memaparkan tidak berpakaian

\”Ini melibatkan kebersihan diri dan juga sangat-sangat tidak menggalakkan kalau boleh jangan dilakukan\”, katanya demikian selepas merasmikan Kongres ASEAN ke-13 dan Kongres Kesihatan Perak ke-10 di sini.

Bertemakan “Mendakap Horizon Baharu dalam Penjagaan Kesihatan Primer”, kongres selama tiga hari ini sehingga 14 Julai itu menjadi platform penting bagi anggota kesihatan, pembuat dasar dan pihak berkepentingan dari seluruh rantau ASEAN untuk berkongsi pengetahuan dan membincangkan kemajuan serta cabaran terkini dalam sektor penjagaan kesihatan.

Kongres berkenaan dihadiri kira-kira 360 pengamal perubatan.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....