Home Nasional KKM siasat kes buli doktor di Sabah
Nasional

KKM siasat kes buli doktor di Sabah

KKM siasat kes buli doktor di Sabah

Dzulkefly (tengah) ketika melawat Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) Sungai Buloh/Foto KKM

SUNGAI BULOH, 10 September – Susulan kes buli yang melibatkan beberapa orang doktor di sebuah hospital kerajaan di negeri Sabah.

Menteri Kesihatan (KKM) Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mengesahkan pihaknya telah melakukan siasatan secara terperinci berhubung dakwaan itu dengan keputusannya akan dimaklumkan secepat yang mungkin.

\”Saya mengingatkan kepada semua warga besar KKM bahawa kami tidak akan memberi toleransi terhadap perkara melibatkan penyalahgunaan kuasa bagi mereka yang punyai kedudukan dan posisi dalam sistem\”, katanya dalam sidang media selepas merasmikan Sambutan Ulang Tahun Ke-20 Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) Sungai Buloh.

Sebelum ini media melaporkan beberapa doktor menjadi mangsa buli secara lisan dan fizikal apabila dihambur dengan kata-kata kesat, lucah serta penghinaan kaum.

Mereka juga pernah diancam senjata tajam jika tidak mematuhi arahan ketua unit.

Mengenai penahanan tiga doktor kanan yang dikaitkan dengan kartel memalsukan tuntutan hilang upaya Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Dzulkefly memaklumkan kes itu kini berada dibawah siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) .

Tegasnya, KKM mahupun pimpinan kerajaan MADANI tidak akan bertolerasi dengan isu berkaitan dengan Penyalahgunaan kuasa.

Related Articles

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape
Nasional

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape

Gambar hiasanSHAH ALAM, 25 April – Kerajaan Negeri Selangor sedang meneliti secara...

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari
Nasional

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari

Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg/Foto UKASKUCHING, 25 April – Syarikat...

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir
Nasional

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir

Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 25 April- Seramai 369 orang daripada 87 keluarga terjejas...

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear
Nasional

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah YusofLONDON, 23 April – Agensi Tenaga...