Home Nasional KKM perhalusi penjualan produk merokok termasuk menerusi mesin layan diri
Nasional

KKM perhalusi penjualan produk merokok termasuk menerusi mesin layan diri

KKM perhalusi penjualan produk merokok termasuk menerusi mesin layan diri

Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memperhalusi peraturan larangan berkaitan penjualan semua produk merokok termasuk menerusi kaedah mesin layan diri (vending machine) / Foto Hiasan

PUTRAJAYA, 12 Julai – Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memperhalusi peraturan larangan berkaitan penjualan semua produk merokok termasuk menerusi kaedah mesin layan diri (vending machine).

KKM memaklumkan peraturan berkaitan larangan penjualan produk merokok itu akan dikuatkuasakan bersama Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852), setelah diluluskan kelak.

\”KKM turut memandang serius isu berkaitan aduan penjualan rokok elektronik atau vape menerusi mesin layan diri sebagaimana tular di Aplikasi X pada Rabu lepas.

\”Larangan penjualan rokok elektronik melalui mesin layan diri ini juga kesinambungan daripada larangan penjualan hasil tembakau seperti rokok, cerut dan tembakau lerai melalui mesin layan diri di bawah peraturan sedia ada iaitu Peraturan 10, Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 di bawah Akta Makanan 1983 (Akta 281),” kata KKM menerusi kenyataan.

Menurut kenyataan itu, susulan penularan isu penjualan vape menerusi mesin layan diri, pihak KKM telah turun dan bertemu dengan pihak pengurusan pusat beli-belah terlibat bagi menerangkan tentang larangan penjualan menerusi mesin layan diri tersebut.

“Pihak KKM turut menyarankan agar pihak pengurusan menutup operasi mesin layan diri tersebut serta merta sebagai tanggungjawab sosial dan mereka bersetuju serta akur dengan saranan tersebut,” kata KKM.

Sebagai persediaan ke arah penguatkuasaan Akta 852 bersama peraturan dan perintah di bawahnya, KKM telah mengadakan Siri Taklimat Penguatkuasaan Akta 852 kepada semua pegawai penguat kuasa KKM dan pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara bermula 9 Jun lepas.

Related Articles

Operasi Bersepadu Mega: 100 barang luput, eksport tanpa kebenaran dirampas
Nasional

Operasi Bersepadu Mega: 100 barang luput, eksport tanpa kebenaran dirampas

Foto MBASALOR SETAR, 17 April-100 unit barang tarikh luput dan barang eksport...

Beaufort, Segamat masih dilanda banjir
Nasional

Beaufort, Segamat masih dilanda banjir

Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 17 April- Seramai 155 orang daripada 54 keluarga terjejas...

Menara KL ditutup sementara, urus tadbir diambil alih syarikat baharu
Nasional

Menara KL ditutup sementara, urus tadbir diambil alih syarikat baharu

FOTO HIASANPUTRAJAYA, 16 April- Menara Kuala Lumpur kini ditutup buat sementara waktu...

Presiden Xi Jinping diraikan dalam Majlis Makan Malam Rasmi di Seri Perdana
Nasional

Presiden Xi Jinping diraikan dalam Majlis Makan Malam Rasmi di Seri Perdana

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Presiden China Xi Jinping menghadiri...