Home Nasional KKM arah premis hentikan segera jualan ais krim dicampur ubat batuk
Nasional

KKM arah premis hentikan segera jualan ais krim dicampur ubat batuk

KKM arah premis hentikan segera jualan ais krim dicampur ubat batuk

Pei Pa Koa (Cap Ibu dan Anak) adalah produk yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah

KUALA LUMPUR, 30 Julai – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengarahkan agar semua premis yang menjual ais krim yang dicampurkan dengan ubat batuk dihentikan dengan segera untuk melindungi keselamatan pengguna.

KKM menjelaskan bahawa pemeriksaan terhadap premis yang terlibat menunjukkan aiskrim tersebut disediakan menggunakan picagari yang mengandungi ubat batuk Pei Pa Koa (Cap Ibu dan Anak).

Langkah ini diambil melalui Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM).

“Pei Pa Koa (Cap Ibu dan Anak) adalah produk yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah, KKM dalam kategori tradisional dengan nombor pendaftaran MAL06061564T.

\”Ia digunakan untuk meredakan sakit tekak dan batuk, tetapi tidak sesuai untuk wanita hamil seperti yang dinyatakan pada label produk.

“Di bawah Seksyen 13B (2), Akta Makanan 1983, adalah dilarang untuk menyediakan atau menjual sebarang makanan yang dicampurkan. Jika sabitan dilakukan, denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun, atau kedua-duanya boleh dikenakan,” kata KKM dalam satu kenyataan hari ini.

KKM juga mengingatkan industri makanan agar bertanggungjawab memastikan semua produk yang dijual mematuhi Akta Makanan 1983 dan peraturan yang berkaitan, termasuk untuk tujuan pemasaran.

Orang ramai dinasihatkan agar lebih berhati-hati mengenai keselamatan makanan dan sentiasa memeriksa produk yang mungkin dicampurkan dengan bahan yang tidak sesuai atau tidak selamat untuk dimakan.

“KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap isu-isu yang boleh membahayakan keselamatan pengguna,” tambahnya.

KKM juga mengingatkan orang ramai untuk menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat, atau melayari laman web Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) untuk maklumat lanjut.

Related Articles

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang
Nasional

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang

FOTO RTMKOTA BHARU, 21 April- Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan menggalakkan sekolah-sekolah...

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM
Nasional

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM

Datuk Seri Nancy (TENGAH) pada Majlis Pemakaian Lencana Jalur Gemilang Pada Pakaian...

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah
Nasional

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bergambar kenangan bersama peserta ursus Perdana Haji...

2 cedera, rumah pekerja dijilat api
Nasional

2 cedera, rumah pekerja dijilat api

FOTO JBPM SARAWAKBINTULU, 21 April- Dua individu, seorang wanita berusia 59 tahun...