Home Nasional KKM arah platform dalam talian turun iklan gula-gula bentuk bola mata
Nasional

KKM arah platform dalam talian turun iklan gula-gula bentuk bola mata

KKM arah platform dalam talian turun iklan gula-gula bentuk bola mata

Foto hiasan

LANGKAWI, 23 Februari- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengarahkan dua platform beli-belah dalam talian untuk menurunkan iklan yang mempromosikan gula-gula kenyal berbentuk bebola mata.

Perkara itu susulan kematian seorang kanak-kanak lelaki di Pulau Pinang yang dipercayai tercekik ketika memakan gula-gula tersebut.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan kementerian telah mengarahkan platform terlibat untuk menurunkan iklan tersebut pagi ini.

\”Kita telah mengarahkan Shopee dan TikTok untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal bentuk mata.

\”Jadi kedua-dua platform berkenaan mesti menurunkan iklan berkait dengan gula-gula itu seerti tindakan yang dilakukan Penguatkuasaan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan,\” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media selepas melancarkan LLS dan Sistem Pengurusan Data Klinik Berasaskan Awan (CCMS), di sini.

Sebelum ini, KKM telah mengeluarkan kenyataan melarang penjualan produk gula-gula getah berbentuk bebola mata di semua platform dalam talian dan pasaran domestik.

Siasatan mendapati bahawa produk tersebut melanggar keperluan pelabelan bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985 mengikut Akta Makanan 1983.

Related Articles

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang
Nasional

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang

FOTO RTMKOTA BHARU, 21 April- Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan menggalakkan sekolah-sekolah...

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM
Nasional

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM

Datuk Seri Nancy (TENGAH) pada Majlis Pemakaian Lencana Jalur Gemilang Pada Pakaian...

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah
Nasional

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bergambar kenangan bersama peserta ursus Perdana Haji...

2 cedera, rumah pekerja dijilat api
Nasional

2 cedera, rumah pekerja dijilat api

FOTO JBPM SARAWAKBINTULU, 21 April- Dua individu, seorang wanita berusia 59 tahun...