Home Nasional KKM akan padankan pakar perubatan seiring pembangunan infrastruktur
Nasional

KKM akan padankan pakar perubatan seiring pembangunan infrastruktur

KKM akan padankan pakar perubatan seiring pembangunan infrastruktur

Foto: FB Dr Dzulkefly Ahmad

KUALA LUMPUR, 30 Julai– Kementerian Kesihatan (KKM) akan berusaha untuk memadankan pakar-pakar perubatan seiring dengan pembangunan infrastruktur berdasarkan keperluan setempat.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata pelaksanaan itu dibincangkan menerusi Mesyuarat Tindakan Pembangunan KKM yang dipengerusikannya semalam.

“Ada rakan-rakan yang berpesan agar pakar-pakar perubatan yang dilatih nanti dapat dipadankan seiring dengan pembangunan infrastruktur.

“Insya-Allah, saya akan pastikan dua perkara. Pertama pembangunan infrastruktur adalah selari keperluan setempat.

“Saya akui banyak kawasan mengalami kesesakan, fasiliti daif atau kedua-duanya, namun ini sedang ditangani. Bukan hanya di Sabah dan Sarawak, malah di Johor dan Kelantan jua,” katanya dalam kenyataan menerusi laman Facebook hari ini.

Beliau berkata perkara kedua adalah menangani masalah agihan sumber manusia yang tidak sekata dengan memastikan perancangan dan agihan sumber adalah selari dengan pembangunan infrastruktur serta keperluan di akar umbi.

“Bukan kerja sehari dua, namun dengan doa dan sokongan semua, kita akan laksanakan,” katanya.

Related Articles

Lawatan kerja rasmi TPM, Zahid bakal bertemu Prabowo
Nasional

Lawatan kerja rasmi TPM, Zahid bakal bertemu Prabowo

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi/BERNAMAJAKARTA, 22 April– Timbalan...

KKM keluar 37,381 kesalahan merokok dikeluarkan setakat 31 Mac
Nasional

KKM keluar 37,381 kesalahan merokok dikeluarkan setakat 31 Mac

Foto failKUALA TERENGGANU, 22 April – Sebanyak 37,381 notis atas pelbagai kesalahan...

Penyampaian konteks pembangunan wakaf lebih mudah dengan bantuan media
Nasional

Penyampaian konteks pembangunan wakaf lebih mudah dengan bantuan media

Foto Facebook Datuk Dr. Mohd Naim MokhtarPUTRAJAYA, 22 April- Platform media merupakan...

JKN Perlis sahkan insiden lelaki menyamar Penolong Pegawai Perubatan di HTF
Nasional

JKN Perlis sahkan insiden lelaki menyamar Penolong Pegawai Perubatan di HTF

Hospital Tuanku FauziahKANGAR, 21 April- Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perlis mengesahkan insiden...