Home Nasional KKM akan padankan pakar perubatan seiring pembangunan infrastruktur
Nasional

KKM akan padankan pakar perubatan seiring pembangunan infrastruktur

KKM akan padankan pakar perubatan seiring pembangunan infrastruktur

Foto: FB Dr Dzulkefly Ahmad

KUALA LUMPUR, 30 Julai– Kementerian Kesihatan (KKM) akan berusaha untuk memadankan pakar-pakar perubatan seiring dengan pembangunan infrastruktur berdasarkan keperluan setempat.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata pelaksanaan itu dibincangkan menerusi Mesyuarat Tindakan Pembangunan KKM yang dipengerusikannya semalam.

“Ada rakan-rakan yang berpesan agar pakar-pakar perubatan yang dilatih nanti dapat dipadankan seiring dengan pembangunan infrastruktur.

“Insya-Allah, saya akan pastikan dua perkara. Pertama pembangunan infrastruktur adalah selari keperluan setempat.

“Saya akui banyak kawasan mengalami kesesakan, fasiliti daif atau kedua-duanya, namun ini sedang ditangani. Bukan hanya di Sabah dan Sarawak, malah di Johor dan Kelantan jua,” katanya dalam kenyataan menerusi laman Facebook hari ini.

Beliau berkata perkara kedua adalah menangani masalah agihan sumber manusia yang tidak sekata dengan memastikan perancangan dan agihan sumber adalah selari dengan pembangunan infrastruktur serta keperluan di akar umbi.

“Bukan kerja sehari dua, namun dengan doa dan sokongan semua, kita akan laksanakan,” katanya.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....