Thursday , 5 December 2024
Home Nasional KKDW perluas PROSPEK ke Betong dan Sebuyau, pacu ekonomi luar bandar
Nasional

KKDW perluas PROSPEK ke Betong dan Sebuyau, pacu ekonomi luar bandar

KKDW perluas PROSPEK ke Betong dan Sebuyau, pacu ekonomi luar bandar

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi replika cek berjumlah RM9 juta kepada PROSPEK Betong untuk tempoh lima tahun/Foto Facebook Zahid Hamidi

BETONG, 2 November – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan memperluaskan Projek Bersepadu Pembangunan Ekonomi Kampung (PROSPEK) ke dua lagi kawasan di Sarawak, iaitu Betong dan Sebuyau.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, berkata, PROSPEK bertujuan mengoptimumkan pembangunan luar bandar serta perkampungan sedia ada melalui tiga komponen utama iaitu ekonomi, prasarana asas, dan perumahan.

Beliau menambah bahawa tahun ini, sebanyak RM2.8 juta telah disalurkan untuk PROSPEK di negeri itu.

\”Sebagai contoh, permintaan halia di luar negara yang telah kami rundingkan ialah sebanyak 10 kontena sebulan, tetapi kita tidak mempunyai kemampuan pengeluaran yang mencukupi.

\”Setakat ini, mungkin hanya satu atau dua kontena sahaja, sedangkan mereka memerlukan jumlah yang banyak kerana syarikat dan kilang tersebut adalah syarikat multinasional di luar negara yang sangat memerlukan bahan mentah sebagai ramuan untuk produk kosmetik dan farmaseutikal,\” katanyaselepas Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Panjang Enteri Lengkoi, Samu Ulu Paku, Spaoh di sini hari ini.

Zahid menyifatkan penanaman haliamempunyai permintaan tinggi di luar negarasekali gus dapat menjana pendapatan tinggi bagi penduduk luar bandar.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan replika cek berjumlah RM9 juta kepada PROSPEK Betong untuk tempoh lima tahun bermula 2025 dengan peruntukan awal sebanyak RM400,000 pada tahun pertama.

Di Sarawak, PROSPEK dimulakan pada 2020 di Matu dan Lawas, dan terbaharu di Kota Samarahan.

Bagi PROSPEK di Betong yang akan dilaksanakan bermula tahun hadapan, fokus adalah pada projek penternakan ayam dan tanaman halia.

Projek ini merupakan yang pertama melibatkan komuniti rumah panjang dijangka memberi manfaat kepada lebih 3,000 penduduk dan melibatkan 94 rumah panjang serta kawasan sekitarnya.

Related Articles

Kerajaan, agensi perlu lebih tegas realisasi pelan transformasi
Nasional

Kerajaan, agensi perlu lebih tegas realisasi pelan transformasi

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim/ BERNAMAPUTRAJAYA, 5 Disember– Kerajaan serta agensi...

Waspada akaun palsu TikTok 'sprmmalaysia' – SPRM
Nasional

Waspada akaun palsu TikTok 'sprmmalaysia' – SPRM

Tangkap layar akaun TikTok palsu guna nama \’sprmmalaysia\’ yang dikongsi SPRMKUALA LUMPUR,...

Situasi banjir antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Nasional

Situasi banjir antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 5 Disember– Isu berkaitan situasi banjir yang sedang melanda...

Gempa bumi lemah landa Tawau, Sabah
Nasional

Gempa bumi lemah landa Tawau, Sabah

Foto MetMalaysiaKUALA LUMPUR, 5 Disember- Satu gempa bumi lemah dilaporkan berlaku di...