Home Nasional Kit KIMDSB inovasi baharu wujudkan sistem pembelajaran efektif
Nasional

Kit KIMDSB inovasi baharu wujudkan sistem pembelajaran efektif

Kit KIMDSB inovasi baharu wujudkan sistem pembelajaran efektif

Dr. Kama Shaffeei bersama-sama Ustaz Faiz Hilmi/ Foto UPSI

TANJONG MALIM, 4 Ogos- Kit Kedudukan Imam dan Makmum Dalam Solat Berjemaah (KIMDSB) dihasilkan mahasiswa dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bagi mewujudkan sistem pembelajaran yang lebih efektif kepada murid.

Ia merupakan bahan bantu mengajar (BBM) untuk topik Kedudukan Imam dan Makmum dalam Solat Berjemaah.

Pereka Kit KIMDSB Ustaz Faiz Hilmi berkata, dengan kit tersebut ia akan meningkat kefahaman serta perkembangan kognitif murid dalam tajuk pembelajaran tersebut.

\”Kit ini menjadi satu keperluan kepada kepada murid bagi memudahkan mereka menguasai tajuk KIMDSB sekali gus menjadi BBM kepada guru.

\”Penghasilan Kit KIMDSB hanya menggunakan barang DIY sahaja seperti gambar laminasi, kad perkataan, putik kapas, pita pelekat, pita Velcro dan pistol gam lilin elektrik.

\”Kit ini juga boleh digunakan kepada murid berpendidikan rendah seperti murid Sekolah Rendah Kebangsaan dan murid Sekolah Agama Rakyat (SRAR) yang mengambil subjek Pendidikan Agama,\” katanya.

Sementara itu, Pengarah, Pusat Inisiatif Pemodenan Pendidikan UPSI Dr. Kama Shaffeei berkata, kit berkenaan berpeluang untuk dikomersialkan dan dijadikan BBM di semua sekolah seluruh Malaysia.

\”Murid berupaya mengusai tajuk dengan lebih mudah dan efektif sekali gus mampu menarik perhatian murid dalam pembelajaran,\” katanya lagi.

0408 UPSI INOVASI 2(Kit Kedudukan Imam dan Makmum Dalam Solat Berjemaah (KIMDSB))

Related Articles

Golongan muda diingatkan waspada ancaman penipuan siber guna AI
Nasional

Golongan muda diingatkan waspada ancaman penipuan siber guna AI

Panel Pencegahan Penipuan Digital, Ts Lukas J. Tan KUALA LUMPUR, 27 April-...

Elak babi melintas jalan, seorang pelajar maut dirempuh kereta
Nasional

Elak babi melintas jalan, seorang pelajar maut dirempuh kereta

FOTO IPD SERI ALAMJOHOR BAHRU, 27 April- Seorang pelajar lelaki maut, manakala...

Agong zahir ucapan selamat menyambut Hari TLDM ke-91
Nasional

Agong zahir ucapan selamat menyambut Hari TLDM ke-91

FOTO FB Sultan Ibrahim Sultan IskandarKUALA LUMPUR, 27 April- Yang di-Pertuan Agong,...

Tuanku Syed Sirajuddin titah warga ATM buang sikap ego, tingkat profesionalisme
Nasional

Tuanku Syed Sirajuddin titah warga ATM buang sikap ego, tingkat profesionalisme

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan bergambar bersama anggota Kawalan Kehormatan...