Home Nasional Kilang pita pelekat keluasan 60,000 kaki persegi musnah terbakar
Nasional

Kilang pita pelekat keluasan 60,000 kaki persegi musnah terbakar

Kilang pita pelekat keluasan 60,000 kaki persegi musnah terbakar

Foto Orang Awam

BUTTERWORTH, 17 Januari – Sebuah kilang pita pelekat berkeluasan 60,000 kaki persegi dekat Lorong Perusahaan 1, Perai musnah dalam kejadian kebakaran, petang tadi.

Kejadian membabitkan sebuah kilang setingkat melibatkan setor, pejabat dan operasi dengan anggaran peratusan kemusnahan keseluruhan pada pukul 8.00 malam tadi, kira-kira 60 peratus.

Menurut Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang Endi Sherimi Mohd Adam, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.42 petang.

Lebih 100 pegawai dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perai, Bandar Perda, Butterworth, Sungai Bakap, Bukit Mertajam, Kepala Batas dan Paya Terubong dikerahkan ke lokasi kejadian.

Operasi pemadaman turut melibatkan 13 Persatuan Bomba Sukarela (PBS) terdekat antaranya PBS Sungai Puyu, Bagan Ajam dan Berapit.

\”Asap hitam daripada kebakaran itu boleh dilihat hingga jarak lima kilometer. Kerja-kerja pengawalan dan pemadaman dibahagikan kepada empat sektor iaitu A, B, C dan D. Kebakaran telah dapat dikawal di bahagian C dan D membabitkan bahagian operasi dan setor. Manakala sektor A dan B iaitu bahagian pejabat dan makmal sedang dijalankan fire break (penyekat kebakaran),\” kata Endi menerusi kenyataan.

Pihaknya juga sedang menjalankan kerja-kerja penyejukan di bahagian stor bahan kimia melibatkan bahan kimia toluena selain aktiviti pemadaman serta overhaul (pemeriksaan menyeluruh). Punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....