Home Nasional Kilang haram: Operasi pemutihan premis dijalankan di Kulai
Nasional

Kilang haram: Operasi pemutihan premis dijalankan di Kulai

Kilang haram: Operasi pemutihan premis dijalankan di Kulai

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Mohd Jafni Md Shukor

ISKANDAR PUTERI, 13 November – Premis-premis perindustrian di Kulai, Johor bakal melalui proses pemutihan berikutan isu lambakan kilang haram di daerah berkenaan ketika ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, DatukMohdJafniMdShukormenegaskan, tiada kompromi terhadap mana-mana pihak yang melanggar piawaian ditetapkan.

Menurutnya, usaha itu dibuat bagi membendung kes pencemaran, khasnya berkaitan pelepasan asap karbon dan pembuangan sisa tercemar ke sungai.

Premis yang berstatus usang juga akan dikenakan tindakan tegas, termasuk penutupan operasi serta-merta.

\”Kalau kita nak buat pemutihan, maksudnya kita boleh buat pengawalan. Jika berlaku pencemaran seperti ini, kita boleh ambil tindakan segera.

\”Kalau masih lagi ada isu seperti itu, biasanya dalam kes pencemaran ini, saya ingat masyarakat sudah peka dan boleh buat aduan pada bila-bila masa supaya tindakan boleh diambil segera,\” katanya selepas menyempurnakan Karnival Iskandar Puteri Rendah Karbon 2024 di Iskandar Puteri, Johor.

Dalam perkembangan berkaitan, pihaknya berjaya menamatkan perkhidmatan dua kilang memproses tayar terpakai di Kulai, Johor, yang sebelum ini, dilaporkan beroperasi tanpa lesen.

Penguatkuasaan itu dibuat selepas mereka menjalankan kegiatan yang bertentangan daripada aktiviti yang diikrarkan, selain turut mengundang kepada pencemaran alam sekitar

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....