Thursday , 6 February 2025
Home Nasional Kibar Jalur gemilang, semai rasa cinta kepada negara
Nasional

Kibar Jalur gemilang, semai rasa cinta kepada negara

Kibar Jalur gemilang, semai rasa cinta kepada negara

Foto RTM

SEREMBAN, 12 Ogos- Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke Siew Fook mengajak generasi muda khususnya pelajar sekolah menzahirkan semangat patriotisme dengan mengibarkan Jalur Gemilang sempena Hari Kebangsaan ke-67.

Menurut Loke, penghormatan kepada Jalur Gemilang adalah penting memandangkan bendera berkenaan merupakan identiti sebuah negara bangsa serta kedaulatan negara.

\”Sudah tentu kerajaan menggalakkan kempen mengibarkan Jalur Gemilang sebagai salah satu cara untuk menyemarakkan semangat patriotisme dan semangat cintakan negara.

\”Ini perlu disemai dalam kalangan anak-anak muda kita khususnya pelajar tentang kepentingan kita mengibar Jalur Gemilang.Bendera ada makna cukup besar. Jalur Gemilang merupakan satu tanda kenegaraan kita\”, jelasnya ketika berucap demikian pada Majlis Penyerahan Jalur Gemilang Sekolah-sekolah Parlimen Seremban di Sekolah Menengah Kebangsaan St.Paul, di sini.

Loke yang juga Menteri Pengangkutan turut berkata perpaduan dan semangat cintakan negara perlu ditanam dalam jiwa setiap rakyat negara ini bagi memastikan kesejahteraan dan kemakmuran terus kekal, tanpa mengira perbezaan agama, budaya dan bangsa.

Pada majlis tersebut kira-kira 68 buah sekolah telah menerima Jalur Gemilang

Related Articles

Banjir di Johor pulih sepenuhnya
Nasional

Banjir di Johor pulih sepenuhnya

FOTO FAIL KOTA TINGGI, 6 Februari – Tiga buah pusat pemindahan sementara...

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub
Nasional

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub

Foto UMKUALA LUMPUR, 6 Februari – Seramai 500 penduduk Orang Asli di...

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari
Nasional

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin KUALA LUMPUR, 6 Februari –...

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini
Nasional

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 6 Februari – Objektif Kepengerusian ASEAN, langkah menangani...