Wednesday , 19 March 2025
Home Nasional Khaw Kok Chin terima Darjah Kebesaran Pulau Pinang
Nasional

Khaw Kok Chin terima Darjah Kebesaran Pulau Pinang

Khaw Kok Chin terima Darjah Kebesaran Pulau Pinang

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, yang juga Bekas Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin terima darjah kebesaran Darjah Gemilang Pangkuan Negeri D.G.P.N yang membawa gelaran Datuk Seri

GEORGETOWN, 27 Julai-Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, yang juga Bekas Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin antara 235 individu yang menerima Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormatan hari ini, sempena ulang tahun ke-75 Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak di Dewan Sri Pinang di sini.

Berkhidmat di bidang kepolisan selama 34 tahun, beliau menerima anugerah Darjah Gemilang Pangkuan Negeri D.G.P.N yang membawa gelaran Datuk Seri pada hari pertama istiadat.

Kok Chin yang ditemui RTM selepas upacara penganugerahan berkata dia berasa terharu dengan penganugerahan tersebut dan menyifatkannya sebagai pengiktirafan terhadap sumbangannya dalam bidang kepolisan negara,

\”Terharu dan gembira kerana pengiktirafan yang telah diberi oleh kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada saya sebagai Ketua Polis Negeri walaupun saya telah bertukar ke Bukit Aman sebagai Pengarah Narkotik tetapi sumbangan kita tetap kepada Pulau Pinang\”, katanya.

Dalam pada itu, Anggota Batalion Kedua Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Kem Sungai Ara, Sarjan Mazlan Abdul Rahman menerima Pingat Gagah Perwira P.G.P.

Ia sebagai penghargaan kerana sanggup menggadaikan nyawa dengan bertindak terjun dari Jambatan Pulau Pinang untuk menyelamatkan pasangan yang terjatuh dari Jambatan berkenaan.

\”Saya cuma hendak menolong sahaja. Terima kasih kepada semua yang bagi penghargaan kepada saya dan yang bagi pingat kepada saya.

\”Bangga kerana dapat membawa nama Tentera Darat Malaysia (TDM)dan nama baik kelurga saya\”, katanya di sini.

Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormatan Negeri 2024 dimulakan dengan 17 das tembakan meriam diikuti tabik hormat dan pemeriksaan perbarisan serta kawalan kehormatan.

Seramai 142 individu menerima penganugerahan Darjah Kebesaran, manakala 1,204 individu menerima Bintang dan Pingat Kehormatan tahun ini.

Bekas Pengerusi DAP Tan Sri Lim Kit Siang mendahului senarai 235 penerima pada hari ini, yang merupakan penerima darjah tertinggi negeri iaitu Darjah Utama Pangkuan Negeri D.U.P.N membawa gelaran Datuk Seri Utama.

Istiadat akan berlangsung selama empat hari iaitu hari ini, 30 dan 31 Julai, serta 1 Ogos ini.

Related Articles

Tiga buah kedai di Bandar Indahpura musnah dijilat api
Nasional

Tiga buah kedai di Bandar Indahpura musnah dijilat api

Salah sebuah kedai yang musnah dijilat apiKULAI, 18 Mac – Tiga buah...

Ex Kurung: Latihan hadapi ancaman nyata, bukan sekadar simulasi
Nasional

Ex Kurung: Latihan hadapi ancaman nyata, bukan sekadar simulasi

Latihan Anti Pengganas dan Menyelamat Tebusan \’Ex Kurung\’ yang diadakan di Politeknik...

MAHB tingkat usaha cegah penyeludupan hidupan liar di KLIA
Nasional

MAHB tingkat usaha cegah penyeludupan hidupan liar di KLIA

Foto arkib: Cubaan menyeludup hidupan liar berjaya digagalkan di KLIA apabila puluhan...

Dua jam APM Kuching tangkap ular sawa 50kg bersama 30 telur
Nasional

Dua jam APM Kuching tangkap ular sawa 50kg bersama 30 telur

Ular sawa sepanjang lima meter dan seberat 50 kilogram itu berjaya ditangkap...