Home Nasional Khaled, Marles ulangi kebimbangan perkembangan di Laut China Selatan
Nasional

Khaled, Marles ulangi kebimbangan perkembangan di Laut China Selatan

Khaled, Marles ulangi kebimbangan perkembangan di Laut China Selatan

Foto Kementerian Pertahanan

KUALA LUMPUR, 10 Disember– Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengulangi kebimbangan serius terhadap perkembangan di Laut China Selatan yang boleh mengancam keamanan, keselamatan dan kestabilan rantau ini serta menekankan kepentingan kebebasan pelayaran dan penerbangan mengikut undang-undang antarabangsa.

Beliau menyatakan pendirian itu dalam kenyataan bersama dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Australia Richard Marles semasa pertemuan mereka sempena Mesyuarat Jawatankuasa Tinggi bagi Program Pertahanan Malaysia-Australia ke-4 di Melbourne hari ini.

Menurut kenyataan itu, kedua-dua menteri turut menggalakkan semua pihak supaya mengawal diri dalam menjalankan aktiviti dan mengelak daripada tindakan yang boleh meningkatkan risiko kemalangan, salah faham serta salah tafsir.

Mereka juga menekankan keperluan untuk semua negara menyelesaikan pertikaian berkaitan isu Laut China Selatan secara aman, mengikut prinsip undang-undang antarabangsa yang diiktiraf secara universal termasuk Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS) 1982.

Kedua-dua menteri menyatakan sokongan mereka terhadap keutamaan ASEAN dan seni bina serantau yang diterajui blok itu yang bersifat terbuka, telus, berasaskan peraturan dan inklusif serta sokongan berterusan terhadap pelaksanaan praktikal Pandangan ASEAN di Indo-Pasifik.

Mereka turut mengiktiraf nilai Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN Plus bersama Kumpulan Pakar Kerja sebagai cara untuk membina keyakinan dan pencegahan konflik serta meningkatkan kapasiti.- BERNAMA

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....