Thursday , 5 December 2024
Home Nasional Kg Angkat MADANI: Kg. Baru Pasak terima peruntukan RM2.5 juta
Nasional

Kg Angkat MADANI: Kg. Baru Pasak terima peruntukan RM2.5 juta

Kg Angkat MADANI: Kg. Baru Pasak terima peruntukan RM2.5 juta

Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Isham Ishak

KOTA TINGGI, 15 Julai– Sejumlah RM2.5 juta diperuntuk bagi melaksanakan program Kampung Angkat MADANI di Kampung Baru Pasak, Kota Tinggi, Johor di bawah kelolaan Kementerian Pertahanan (MINDEF).

Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Isham Ishak berkata Kampung Baru Pasak dipilih selepas penilaian beberapa kriteria, selain tidak mempunyai liputan kemudahan seperti air dan elektrik yang lengkap.

Melalui peruntukan itu, 10 projek dimuktamadkan untuk dilaksana termasuk menaik taraf jalan raya, pemasangan lampu jalan solar sekitar kampung dan pembinaan surau baharu.

Kesemua projek itu dijangka akan siap pada penghujung bulan Oktober dan November hadapan.

\”Seperti mana yang saya maklumkan, yang penting adalah impaknya. Impak yang kita berikan seperti lampu jalan, ia terang dan membantu daripada segi keselamatan, perjalanan dan mengurangkan kadar kemalangan.\”

\”Selain itu, usaha naik taraf fasiliti seperti balai raya dan surau. Menambah keselesaan kepada pengguna. Jadi, langkah ini dapat membantu menyemarakkan lagi aktiviti-aktiviti komuniti termasuk sosial dan ekonomi,\” kata Datuk Seri Isham kepada pemberita.

Beliau ditemui dalam Sidang Media semasa Sesi Lawatan Kerja ke Program Kampung Angkat Madani di Balai Raya Kampung Baru Pasak, Kota Tinggi, Johor.

Sebanyak 152 buah keluarga dan lebih 600 isi rumah bakal menerima manfaat daripada perlaksanaan program berkenaan, tahun ini.

MINDEF turut menyasarkan peningkatan taraf hidup penduduk kampung dalam merapatkan jurang perbezaan antara masyarakat desa serta bandar.

Related Articles

Kerajaan, agensi perlu lebih tegas realisasi pelan transformasi
Nasional

Kerajaan, agensi perlu lebih tegas realisasi pelan transformasi

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim/ BERNAMAPUTRAJAYA, 5 Disember– Kerajaan serta agensi...

Waspada akaun palsu TikTok 'sprmmalaysia' – SPRM
Nasional

Waspada akaun palsu TikTok 'sprmmalaysia' – SPRM

Tangkap layar akaun TikTok palsu guna nama \’sprmmalaysia\’ yang dikongsi SPRMKUALA LUMPUR,...

Situasi banjir antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Nasional

Situasi banjir antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 5 Disember– Isu berkaitan situasi banjir yang sedang melanda...

Gempa bumi lemah landa Tawau, Sabah
Nasional

Gempa bumi lemah landa Tawau, Sabah

Foto MetMalaysiaKUALA LUMPUR, 5 Disember- Satu gempa bumi lemah dilaporkan berlaku di...