Home Nasional Ketua Polis KL arah Nur Shafila untuk bersemuka secara fizikal
Nasional

Ketua Polis KL arah Nur Shafila untuk bersemuka secara fizikal

Ketua Polis KL arah Nur Shafila untuk bersemuka secara fizikal

Datuk Rusdi Md Isa

KUALA LUMPUR, 29 Julai- Pengasuh taska Nur Shafila Suaib, 20, yang dilaporkan hilang sejak 15 Julai lepas ada menghubungi keluarganya namun masih belum pulang ke rumah.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Md Isa berkata, ketika ini keberadaan Nur Shafila masih dalam siasatan dan kes itu boleh diklasifikasikan sebagai selesai selepas polis menjumpainya secara fizikal.

\”Saya percaya ada sedikit perselisihan faham antara wanita itu dengan ahli keluarganya dan keluarganya mengesahkan bahawa dia (Nur Shafila) ada menghubungi keluarganya namun arahan saya adalah perlu berjumpa secara bersemuka.

\”…dengan menghubungi sahaja tidak cukup, sebab orang lain juga boleh menghubungi dan menyamar sebagai wanita terbabit. Kita perlu berjumpa secara bersemuka dan pastikan dia selamat serta sihat,\” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Dang Wangi di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di ibu negara.

Terdahulu, majlis serah terima tugas itu menyaksikan Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi Supt Nuzulan Mohd Din dilantik sebagai pemangku ketua polis daerah berkenaan menggantikan Senior Asisten Komisioner (SAC) Noor Dellhan Yahaya.

Noor Dellhan kini berkhidmat sebagai Ketua Penolong Pengarah (D4) Risikan/Operasi/Rekod Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Related Articles

Pembukaan dua pusat NADI Baharu di Johor lengkapkan 101 NADI di negeri itu
Nasional

Pembukaan dua pusat NADI Baharu di Johor lengkapkan 101 NADI di negeri itu

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie ChingKULAI, 22 Mac – Dua buah lagi...

Malaysia Airlines sambung semula penerbangan ke Heathrow London
Nasional

Malaysia Airlines sambung semula penerbangan ke Heathrow London

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 22 Mac – Malaysia Airlines hari ini...

37 anak yatim PRITY terima sumbangan kelengkapan hari raya
Nasional

37 anak yatim PRITY terima sumbangan kelengkapan hari raya

Seramai 37 anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan Ibu Tunggal dan Anak Yatim...

Lebih 1,000 wanita hadiri Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran
Nasional

Lebih 1,000 wanita hadiri Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran

Foto Badan Perhubungan UMNO KedahSUNGAI PETANI, 22 Mac – Lebih 1,000 jemaah...