Home Nasional Kestabilan politik faktor Infineon umum pelaburan tambahan di Malaysia – PM
Nasional

Kestabilan politik faktor Infineon umum pelaburan tambahan di Malaysia – PM

Kestabilan politik faktor Infineon umum pelaburan tambahan di Malaysia – PM

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 9 Ogos- Dasar ekonomi negara yang jelas dan kestabilan politik menjadi faktor syarikat Infineon Technologies AG (Infineon) mengumumkan pelaburan tambahan di Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pelaburan itu turut dipengaruhi oleh transisi tenaga, pendigitalan dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030.

\”Keputusan mereka untuk melabur tentunya mengambil semua.. kedudukan politik yang stabil dan dasar ekonomi yang jelas termasuk transisi tenaga, \’digitalization\’ dan pelan perindustrian,\” katanya ketika berucap di Majlis Peluncuran Garis Panduan Mengenai Pengurusan dan Tatakelola Badan Berkanun Persekutuan di sini.

Semalam, Infineon mengumumkan akan menambah pelaburan lebih RM30 bilion untuk fasa dua pembinaan kilang fabrikasi kuasa silikon karbida 200 milimeter terbesar dunia di Kulim, Kedah.

Jumlah itu adalah tambahan daripada pelaburan awal sebanyak RM9.7 bilion membabitkan fasa satu.

Dalam pada itu, Anwar turut memaklumkan sebanyak 4,000 pekerjaan akan diwujudkan daripada pelaburan itu termasuk dalam bidang kejuruteraan, kecerdasan buatan (AI) dan semikonduktor.

Oleh itu, beliau mahu universiti menggerakkan usaha untuk memastikan negara mampu menyediakan kemahiran yang diperlukan.

\”Universiti perlu dikerahkan dalam perkara itu. Pertama, ini kerana kita kurang jurutera dan kedua, kita kurang kemahiran dalam bidang digital peringkat tinggi dan AI. Perkara itu yang perlu kita teliti,\” katanya.

BERITA BERKAITAN:

  • Pelaburan Infineon, tingkat pertumbuhan eksport negara

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....