Home Nasional Kesihatan Tun M semakin baik namun masih perlu pemantauan doktor
Nasional

Kesihatan Tun M semakin baik namun masih perlu pemantauan doktor

Kesihatan Tun M semakin baik namun masih perlu pemantauan doktor

Foto Fail: BERNAMA

KUALA LUMPUR, 17 Oktober– Keadaan kesihatan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) di sini dilaporkan semakin baik.

Pembantu beliau Adam Mukhriz Mohd Muhayeddin berkata sehingga kini, Dr Mahathir berada di bawah pemantauan doktor selepas dimasukkan ke IJN pada petang Selasa lepas kerana mengalami jangkitan saluran pernafasan yang lebih rendah (LRTI).

\”Alhamdulillah, keadaan Tun semakin baik namun masih perlu dipantau,” katanya ringkas ketika dihubungi.

Semalam, Bernama melaporkan perbicaraan kes saman Dr Mahathir terhadap Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Mahkamah Tinggi di sini ditangguh kepada 29 Oktober ini selepas beliau dimasukkan ke IJN kerana jangkitan paru-paru.

Peguam Mior Nor Haidir Suhaimi, yang mewakili Dr Mahathir, memaklumkan mahkamah bahawa anak guamnya diberi sijil cuti sakit hingga 25 Oktober dan memohon agar tarikh perbicaraan semalam serta hari ini dilapangkan.

Pesuruhjaya Kehakiman Gan Techiong kemudian menetapkan 29 dan 30 Oktober serta 5, 6 dan 9 Disember ini untuk menyambung pendengaran kes itu. – BERNAMA

Related Articles

Angka penduduk terjejas banjir di Sarawak, Sabah kekal
Nasional

Angka penduduk terjejas banjir di Sarawak, Sabah kekal

Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 9 Februari-Seramai 2,464 orang daripada 763 keluarga terjejas banjir...

Pelepasan cukai sehingga RM1,000 bagi pembelian alat, aktiviti sukan
Nasional

Pelepasan cukai sehingga RM1,000 bagi pembelian alat, aktiviti sukan

Foto FB Hannah YeohKUALA LUMPUR, 9 Februari- Pelepasan cukai sehingga RM1,000 ditawarkan...

50 murid kurang berkemampuan terima sumbangan persekolahan
Nasional

50 murid kurang berkemampuan terima sumbangan persekolahan

Datuk Ameer Ali MydinSUBANG JAYA, 8 Februari- Seramai 50 murid daripada keluarga...

76 keluarga mangsa ribut terima Bantuan Wang Ihsan RM1,000
Nasional

76 keluarga mangsa ribut terima Bantuan Wang Ihsan RM1,000

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha MustafaSEGAMAT, 8 Februari...