Home Nasional Kesihatan Anwar pada tahap optimum – JKNS
Nasional

Kesihatan Anwar pada tahap optimum – JKNS

Kesihatan Anwar pada tahap optimum – JKNS

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim / Foto Fail

KUALA LUMPUR, 11 Ogos – Tahap kesihatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam keadaan baik dan pada tahap yang optimum.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) memaklumkan, Anwar hari ini menjalani pemeriksaan kesihatan tahunan yang dikendalikan pasukan pakar perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang.

“Hasil pemeriksaan menunjukkan bahawa tahap kesihatan Perdana Menteri dalam keadaan baik dan berada pada tahap yang optimum,” menurut JKNS menerusi kenyataan.

JKNS turut memaklumkan, Perdana Menteri kekal bersemangat dan bertekad untuk terus memikul tanggungjawab bagi mengangkat darjat dan martabat negara ke peringkat tertinggi.

Related Articles

Sultan Kedah lancar projek tanam 2 juta pokok
Nasional

Sultan Kedah lancar projek tanam 2 juta pokok

Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah berkenan...

Dua bersaudara ditemukan lemas, mandi di Pantai Bayu Impian
Nasional

Dua bersaudara ditemukan lemas, mandi di Pantai Bayu Impian

Foto Bomba Johor KOTA TINGGI, 22 Januari- Dua individu ditemukanlemas termasuk seorang...

Dialog, kolaborasi pragmatik kekal hubungan antarabangsa
Nasional

Dialog, kolaborasi pragmatik kekal hubungan antarabangsa

Datuk Seri Anwar Ibrahim/ BERNAMA DAVOS, 22 Januari- Dialog serta kolaborasi pragmatik,...

Malaysia teroka peluang perdagangan, tambah baik beberapa FTA
Nasional

Malaysia teroka peluang perdagangan, tambah baik beberapa FTA

Datuk Seri Anwar Ibrahim DAVOS, 22 Januari- Malaysia sedang meneroka peluang dengan...