Wednesday , 20 November 2024
Home Nasional Kes Muhyiddin, Istana Pahang buat laporan polis – Fahmi
Nasional

Kes Muhyiddin, Istana Pahang buat laporan polis – Fahmi

Kes Muhyiddin, Istana Pahang buat laporan polis – Fahmi

Fahmi Fadzil/ Foto BERNAMA

PUTRAJAYA, 28 Ogos- Kerajaan tidak campur tangan mengenai kes membabitkan ahli politik dihadapkan ke mahkamah.

Menteri Komunikasi yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, perkara itu berikutan tohmahan dan dakwaan mengatakan kerajaan turut serta ke atas pertuduhan terhadap Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin.

\”Siasatan dilakukan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pendakwaan dibuat berdasarkan laporan tersebut dan pihak kerajaan tidak terlibat.

\”Penting diingatkan di sini adalah laporan polis yang asal ialah dari Istana Pahang. Ia adalah melibatkan isu 3R (raja, agama dan kaum). Laporan polis dibuat oleh wakil istana tiada kaitan dengan kerajaan,\” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita dalam satu sidang media di sini.

Dalam pada itu Fahmi juga mengingatkan semua pihak supaya mengelak daripada membangkitkan isu berkaitan raja, agama dan kaum.

Ketika mengulas berkenaan dakwaan kononnya Akta Hasutan dijadikan alat pendakwaan politik ke atas para pemimpin PN, Fahmi menyangkal perkara itu dan mengatakan ia tidak benar.

Related Articles

Lawatan sulung PM ke Brazil jana potensi eksport RM6.8 bilion
Nasional

Lawatan sulung PM ke Brazil jana potensi eksport RM6.8 bilion

Anwar Ibrahim bersama Presiden Brazil, Lula da Silva pada Sidang Kemuncak G20...

Malaysia cadang reformasi Majlis Keselamatan PBB
Nasional

Malaysia cadang reformasi Majlis Keselamatan PBB

FOTO FACEBOOK Anwar IbrahimRIO DE JANEIRO, 19 November- Malaysia mengusulkan reformasi menyeluruh...

Nasional

Malaysia seru tindakan global untuk tangani kelaparan & kemiskinan

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim/ BERNAMARIO DE JANEIRO,18 November– Malaysia menyeru...

Pelajar Tingkatan Dua maut terjatuh bangunan sekolah
Nasional

Pelajar Tingkatan Dua maut terjatuh bangunan sekolah

PDRMGEORGE TOWN, 19 November- Seorang pelajar perempuan Tingkatan Dua maut selepas dipercayai...