Home Nasional Kes kucing mati di UM, bukan disebabkan manusia – PDRM
Nasional

Kes kucing mati di UM, bukan disebabkan manusia – PDRM

Kes kucing mati di UM, bukan disebabkan manusia – PDRM

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 3 Januari– Kematian empat daripada lima kucing di Universiti Malaya (UM) bukan disebabkan perbuatan manusia.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azry Akmar Ayob berkata pihaknya menerima laporan hasil bedah siasat daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar yang mengesahkan kematian kucing tersebut disebabkan serangan haiwan liar.

Beliau turut berkata pihaknya menerima lima laporan polis berkaitan penemuan bangkai kucing di universiti tersebut dari 17 Disember tahun lepas hingga semalam.

\”Perkembangan hasil siasatan bagi penemuan dua bangkai kucing yang dijumpai pada 17 Disember itu, laporan pemeriksaan daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah pun diperoleh dan mengesahkan bahawa terdapat gigitan daripada haiwan.

Sementara itu, perkembangan siasatan bagi penemuan dua lagi bangkai kucing iaitu pada 20 Disember dan juga 25 Disember, hasil bedah siasat mendapati punca kematian kedua-dua kucing itu adalah akibat kecederaan parah pada bahagian dada yang telah mengakibatkan luka dan pendarahan di bahagian jantung,\” kata Datuk Azry, hari ini.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

Tambahnya, sebanyak 11 rakaman percakapan diambil dari kalangan pensyarah, polis bantuan dan aktivis haiwan susulan kes tersebut.

Dalam pada itu, bagi laporan polis yang diterima semalam, bangkai kucing diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar bagi tujuan bedah siasat.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....