Home Nasional Kes keropok beracun, pekebun dibebaskan dengan jaminan polis
Nasional

Kes keropok beracun, pekebun dibebaskan dengan jaminan polis

Kes keropok beracun, pekebun dibebaskan dengan jaminan polis

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 18 Julai- Seorang pekebun berusia 33 tahun yang direman bagi membantu siasatan berhubung kejadian dua beradik maut akibat termakan keropok mengandungi racun, dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketua Polis Daerah Kulim Superintenden Mohd Azizul Mohd Khairi dalam satu kenyataan berkata, lelaki berkenaan direman sejak 11 Julai hingga semalam.

\”Tempoh reman tidak akan disambung dan suspek dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu keputusan Timbalan Pendakwa Raya.

\”Kertas siasatan sudah lengkap dan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya,\” katanya.

Sebelum ini media melaporkan dua beradik Muhammad Akil Syauqi Nur Sufyan, 3, dan adiknya Muhammad Luth Syauqi, 2, meninggal dunia selepas makan keropok mengandungi racun tikus.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta 611 berkaitan pengabaian terhadap kanak-kanak dan Seksyen 284 Kanun Keseksaan.

Related Articles

Pemerkasaan bumiputera, tingkat mobiliti sosial
Nasional

Pemerkasaan bumiputera, tingkat mobiliti sosial

Datuk Seri Anwar IbrahimKUALA LUMPUR, 15 Mac- Kerajaan terus memberi fokus terhadap...

KDN lulus 19,627 permit masuk sejak 2015
Nasional

KDN lulus 19,627 permit masuk sejak 2015

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution IsmailKULIM, 15 Mac – Kementerian...

Manfaatkan pakar tempatan, elak kebergantungan pakar luar
Nasional

Manfaatkan pakar tempatan, elak kebergantungan pakar luar

Profesor Dr. Zafir Khan Mohamed MakhbulKUALA LUMPUR, 15 Mac- Organisasi dalam negara...

Program repatriasi migran dalam proses dilanjut
Nasional

Program repatriasi migran dalam proses dilanjut

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution IsmailKULIM, 15 Mac – Jabatan...