Wednesday , 16 October 2024
Home Nasional Kes kencing tikus di Melaka meningkat namun terkawal- Exco
Nasional

Kes kencing tikus di Melaka meningkat namun terkawal- Exco

Kes kencing tikus di Melaka meningkat namun terkawal- Exco

Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri Melaka, Dr Muhamad Akmal Saleh

AYER KEROH, 18 Julai– Bilangan kes leptospirosis atau kencing tikus di negeri ini bagi tempoh Januari hingga 6 Julai lalu menunjukkan peningkatan ketara iaitu sebanyak 80 kes, berbanding hanya 28 kes sepanjang tahun lalu.

Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri Dr Muhamad Akmal Saleh yang menjalankan tugas-tugas Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan berkata peningkatan itu ekoran penularan wabak berkenaan di tiga pusat rekreasi di Melaka, namun tiada kematian direkodkan.

“Jangkitan kencing tikus ini sangat berbahaya dan sebelum ini dilaporkan berlaku di pusat rekreasi di daerah Alor Gajah dan Jasin.

“Namun semua pusat rekreasi berkenaan sudah dibenarkan beroperasi semula. Jabatan Kesihatan negeri akan memastikan keadaan benar-benar selamat sebelum lokasi berkenaan dibuka semula,

\”Alhamdullilah setakat ini kita nampak boleh kawal dengan baik,\” katanya pada sidang media selepas merasmikan Sambutan Hari Zoonosis Peringkat Negeri Melaka yang turut dihadiri Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Ruzita Mustaffa di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Muhamad Akmal berkata kerajaan negeri menerusi Jabatan Kesihatan Melaka akan menganjurkan kursus jangka pendek berkaitan pengurusan penyakit zoonosis kepada pekerja pusat rekreasi yang menampilkan haiwan sebagai tarikan, sebagai langkah awal mengekang penularan wabak berkenaan.

Beliau berkata lebih banyak tempat mencuci tangan atau cecair pembasmi kuman khususnya di pusat rekreasi atau tumpuan ramai yang mempunyai haiwan seperti Zoo Melaka perlu disediakan, agar pengunjung dapat membersihkan tangan selepas bersentuhan dengan haiwan.

\”Walaupun setakat ini, secara keseluruhan saya lihat kesedaran berkaitan penyakit zoonosis ini agak tinggi dalam kalangan kakitangan pusat rekreasi di negeri ini termasuk di Zoo Melaka namun mereka perlu sentiasa peka agar penularan wabak penyakit bawaan haiwan itu (dapat dibendung).

\”Melaka merupakan negeri pelancongan justeru kita mahu pelancong datang ke Melaka bukan sahaja kerana cantik tetapi juga selamat,\” katanya.

Sambutan Hari Zoonosis Sedunia disambut pada setiap 6 Julai di seluruh dunia dan disambut hari ini di Melaka dalam kalangan mereka yang berisiko dan terlibat secara langsung dalam pengurusan haiwan, antaranya pekerja Zoo Melaka, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dan Bahagian Kesihatan Jabatan Veterinar, sebagai usaha meningkatkan kesedaran mengenai pencegahan penyakit zoonosis.

Related Articles

Mogok pekerja: Menteri Buruh cadang perunding khas selesai kemelut
Nasional

Mogok pekerja: Menteri Buruh cadang perunding khas selesai kemelut

Foto REUTERSMONTREAL, 16 Oktober-Menteri Buruh Kanada, Steve MacKinnon pada Selasa mencadangkan pelantikan...

SWM Environment siap sedia hadapi Monsun Timur Laut
Nasional

SWM Environment siap sedia hadapi Monsun Timur Laut

Foto SWM Environment JOHOR BAHRU, 16 Oktober- SWM Environment merangka Pelan Operasi...

Bao Li dan Qing Bao selamat tiba di Zoo Washington
Nasional

Bao Li dan Qing Bao selamat tiba di Zoo Washington

Foto REUTERSWASHINGTON, 16 Oktober-Sepasang panda gergasi selamat tiba di sini dari China...

Empat unit rumah kedai musnah dalam kebakaran
Nasional

Empat unit rumah kedai musnah dalam kebakaran

Foto JBPM Kedah JITRA, 16 Oktober-Empatunit rumah kedai dua tingkat di Jalan...