Home Nasional Kes kemalangan di Sarawak meningkat, JPJ ambil langkah tegas
Nasional

Kes kemalangan di Sarawak meningkat, JPJ ambil langkah tegas

Kes kemalangan di Sarawak meningkat, JPJ ambil langkah tegas

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibolah / Foto RTM

KUCHING, 21 Disember – Statistik kemalangan jalan raya di Sarawak menunjukkan peningkatan kepada 19,964 kes dari Januari hingga November 2024, berbanding 19,498 kes dalam tempoh sama tahun 2023, dengan kenaikan sebanyak 2.4 peratus.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibolah berkata walaupun terdapat penurunan sebanyak 3 peratus dalam kes kemalangan maut, iaitu daripada 336 kes pada 2023 kepada 326 kes pada 2024, pengurangan 10 kes tersebut masih belum mencerminkan perubahan sikap ketara dalam kalangan pengguna jalan raya.

\”Sebanyak 59 kes kemalangan melibatkan pengangkutan awam direkodkan pada 2024, meningkat berbanding 56 kes pada 2023. Namun, tiada kemalangan maut melibatkan pengangkutan awam dilaporkan tahun ini, berbanding satu kes maut pada tahun sebelumnya,\” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Program Advokasi Keselamatan Jalan Raya di Terminal Bas Kuching Sentral, di sini pada Jumaat.

Hasbi turut memaklumkan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak akan melaksanakan kaedah penyamaran sebagai penumpang bas ekspres untuk memantau tingkah laku pemandu.

“Langkah ini bertujuan meningkatkan keselamatan penumpang dengan memastikan pemandu mematuhi peraturan jalan raya sepanjang perjalanan,” katanya.

Sekiranya berlaku pelanggaran, Hasbi berkata tindakan tegas akan diambil termasuk menghentikan perjalanan bas serta-merta.

Syarikat pengangkutan juga diwajibkan menyediakan pemandu baharu bagi memastikan perjalanan dapat diteruskan tanpa risiko kepada penumpang.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....