Home Nasional Kes GISBH: Enam kanak-kanak diserah kepada penjaga, tujuh di JKM
Nasional

Kes GISBH: Enam kanak-kanak diserah kepada penjaga, tujuh di JKM

Kes GISBH: Enam kanak-kanak diserah kepada penjaga, tujuh di JKM

FOTO FACEBOOK Hajah Nancy Haji Shukri

SEMATAN, 27 Januari- Enam daripada 13 kanak-kanak yang diselamatkan menerusi Operasi Global (Op Global) dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) telah diperintahkan oleh mahkamah untuk diserahkan kepada pihak yang layak bagi menjaga serta melindungi mereka.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata mahkamah sebelum ini telah mengeluarkan perintah agar 13 kanak-kanak tersebut berada bawah jagaan sementara institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Sementara itu, tujuh kanak-kanak yang masih belum dituntut akan terus menerima perlindungan daripada JKM selama tiga tahun.

\”Kami mencari individu yang layak dan sesuai untuk menjaga kesemua mereka. Ada sesetengah ibu bapa (mangsa) tidak dapat menjaga anak mereka dan kami diberi tiga tahun untuk menjaga mereka. Sebahagiannya masih menunggu, namun enam kanak-kanak telah dihantar kepada individu yang telah diputuskan oleh mahkamah,\” katanya.

Tambah beliau, antara punca permasalahan itu adalah kerana segelintir ibu bapa tidak mempunyai kapasiti untuk menjaga anak-anak mereka, selain ada yang berubah fikiran setelah dihubungi oleh JKM untuk menuntut anak mereka.

Beliau juga menegaskan bahawa pihaknya kekal komited untuk melindungi kepentingan kanak-kanak terbabit dan tindakan susulan akan bergantung kepada perintah mahkamah dari semasa ke semasa.

Nancy berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan Bakul Makanan Tahun Baharu Cina kepada golongan asnaf di daerah Lundu bersempena Program Jelajah Kasih Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) yang berlangsung di Dewan Masyarakat Kampung Tanah Hitam di sini hari ini.

BERITA BERKAITAN

  • GISBH: KPWKM rayu ibu bapa ambil anak di institusi JKM
  • GISBH : Takut ditangkap, tidak mampu jaga punca tidak tuntut anak
  • Imbasan 2024: Kes GISBH menggemparkan negara
  • Isteri CEO GISBH dan ahli kumpulan hadir ke Mahkamah Sesyen Selayang
  • Hanya 100 daripada 231 pasangan GISBH ditangkap telah berkahwin
  • GISBH: Ibu bapa boleh semak keberadaan anak dengan pihak polis

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....