Home Nasional Kes buli MRSM: Polis buka kertas siasatan
Nasional

Kes buli MRSM: Polis buka kertas siasatan

Kes buli MRSM: Polis buka kertas siasatan

Foto Fail

NIBONG TEBAL, 8 April – Satu kertas siasatan dibuka berhubung insiden buli melibatkan sekumpulan pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Nibong Tebal.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintenden Jay January Siowou berkata pihaknya telah mengambil tindakan proaktif selepas video kejadian itu tular di media sosial.

Ini termasuk usaha mengesan institusi tersebut serta kesemua individu yang terlibat bagi mendapatkan keterangan.

\”Siasatan dilakukan secara holistik dengan mengambil kira semua aspek. Kes akan dirujuk kepada pejabat pendakwa raya untuk tindakan selanjutnya setelah siasatan selesai dijalankan,\” katanya dalam kenyataan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan.

Terdahulu, sebuah klip video berdurasi 31 saat tular di media sosial memaparkan beberapa individu dipercayai pelajar sekolah di sebuah asrama melakukan perbuatan seperti membuli seorang individu lain di atas katil.

Polis mengesahkan video tersebut membabitkan insiden di sebuah MRSM di daerah Seberang Perai Selatan pada pertengahan tahun lepas.

Related Articles

Penulis lirik, Yusnor Ef meninggal dunia
Nasional

Penulis lirik, Yusnor Ef meninggal dunia

Foto Musika- Malaya\’s Early Music Scene From 1900 to 1965KUALA LUMPUR, 16...

Pekerja bengkel mengaku tak bersalah pandu mabuk, rempuh lelaki hingga maut
Nasional

Pekerja bengkel mengaku tak bersalah pandu mabuk, rempuh lelaki hingga maut

Foto FailJOHOR BAHRU, 16 April– Seorang pekerja bengkel, mengaku tidak bersalah di...

Presiden China diberi sambutan negara
Nasional

Presiden China diberi sambutan negara

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan mengiringi Presiden China, Xi Jinping di...

Rakyat digalak beli dan sokong produk tempatan
Nasional

Rakyat digalak beli dan sokong produk tempatan

Dr Nadzirah ZainordinKUALA LUMPUR, 16 April- Rakyat digalak membeli dan menyokong produk...