Home Nasional Kerjasama strategik Malaysia-China perkukuh sektor ekonomi baharu
Nasional

Kerjasama strategik Malaysia-China perkukuh sektor ekonomi baharu

Kerjasama strategik Malaysia-China perkukuh sektor ekonomi baharu

Faktor pulangan ekonomi dan kelangsungan sistem sokongan menjadi asas kukuh dalam mempererat hubungan strategik antara Malaysia dan China / Foto Hiasan / Bernama

KUALA LUMPUR, 20 April – Faktor pulangan ekonomi dan kelangsungan sistem sokongan menjadi asas kukuh dalam mempererat hubungan strategik antara Malaysia dan China, khususnya dalam usaha mempercepatkan transformasi ekonomi negara.

Penganalisis Strategi Keselamatan dan Hubungan Antarabangsa Universiti Malaya (UM), Collins Ching Yew Keat berkata kerjasama antara kedua-dua negara diyakini mampu merancakkan sektor ekonomi kritikal seperti ekonomi digital, ekonomi hijau dan peralihan tenaga negara.

“Sekarang ini, usaha memacu transformasi ekonomi melibatkan pelbagai sektor kritikal termasuk ekonomi digital, ekonomi hijau, semikonduktor, kecerdasan buatan (AI), mineral kritikal seperti nadir bumi dan sebagainya.

\”Ketersediaan pihak Beijing untuk menyokong dari segi teknologi dan kepakaran dalam pemprosesan nadir bumi serta memperkasa sambungan sistem seperti Pan Asia Railway juga memberi kelebihan kepada negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menjadi tetamu dalam Rancangan Selamat Pagi Malaysia yang bersiaran dari Angkasapuri, Kota Media, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Collins berkata tumpuan pembangunan kini beralih kepada sektor baharu seperti teknologi angkasa lepas berbanding sumber semula jadi konvensional seperti minyak sawit, petroleum dan gas.

Jelasnya, kerjasama strategik dengan China membuka ruang lebih besar kepada Malaysia untuk mengakses kepakaran, pelaburan dan sistem sokongan teknologi dalam usaha melonjakkan ekonomi negara ke arah yang lebih mampan dan berdaya saing di peringkat global.

Dalam perkembangan sama, beliau turut menekankan kepentingan mengekalkan hubungan saling menghormati antara Malaysia dan China yang menekankan prinsip kedaulatan dan kepentingan bersama.

\”Antara faktor lain yang perlu kita jaga adalah memastikan kepentingan negara, terutama dalam pertikaian Laut China Selatan dan sebagainya, terus terpelihara.

“Kita menyambut baik segala niat untuk menjaga kestabilan dan keamanan di semua kawasan pertikaian, namun secara keseluruhannya kita perlu memastikan hubungan ini kekal sebagai hubungan yang saling menghormati serta menjaga hak wilayah dan kedaulatan masing-masing,” ujarnya.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....