Home Nasional Kerjasama semua pihak penting tarik minat pendidikan STEM
Nasional

Kerjasama semua pihak penting tarik minat pendidikan STEM

Kerjasama semua pihak penting tarik minat pendidikan STEM

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir (tengah) / Foto RTM

GEORGE TOWN, 3 September – Tanggungjawab dan kerjasama dari semua pihak diperlukan bagi menarik minat golongan muda terhadap pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata isu tersebut merupakan cabaran utama yang dihadapi ketika ini dan memerlukan penglibatan semua pihak dan tidak boleh diletakkan hanya kepada Kementerian Pendidikan semata-mata.

\”Ia mesti melibatkan satu hubungan sinergi yang berkesinambungan, bukan sahaja di peringkat kementerian pendidikan yang memberi tumpuan kepada sekolah rendah dan menengah, tetapi juga di peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi,\” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat syarikat inkubator, Oppstar Technology Sdn Bhd di Pusat Inkubator Inovasi Universiti Sains Malaysia (USM), Sains@USM Bukit Jambul, di sini pada Isnin.

Tambah Zambry, industri berkaitan teknologi memerlukan tenaga kerja yang mempunyai pelbagai kemahiran, selain permintaan yang tinggi daripada pihak industri pada masa kini.

Katanya, kerjasama dan hubungan tiga hala antara kerajaan, universiti, dan pemain industri perlu terus diperkukuh memandangkan ketiga-tiganya memainkan peranan penting yang mampu memberi impak besar kepada negara.

Related Articles

Pemerkasaan bumiputera, tingkat mobiliti sosial
Nasional

Pemerkasaan bumiputera, tingkat mobiliti sosial

Datuk Seri Anwar IbrahimKUALA LUMPUR, 15 Mac- Kerajaan terus memberi fokus terhadap...

KDN lulus 19,627 permit masuk sejak 2015
Nasional

KDN lulus 19,627 permit masuk sejak 2015

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution IsmailKULIM, 15 Mac – Kementerian...

Manfaatkan pakar tempatan, elak kebergantungan pakar luar
Nasional

Manfaatkan pakar tempatan, elak kebergantungan pakar luar

Profesor Dr. Zafir Khan Mohamed MakhbulKUALA LUMPUR, 15 Mac- Organisasi dalam negara...

Program repatriasi migran dalam proses dilanjut
Nasional

Program repatriasi migran dalam proses dilanjut

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution IsmailKULIM, 15 Mac – Jabatan...