Home Nasional Kerjasama PRactitioners- IPRA bukti pengiktirafan global terhadap ahli persatuan
Nasional

Kerjasama PRactitioners- IPRA bukti pengiktirafan global terhadap ahli persatuan

Kerjasama PRactitioners- IPRA bukti pengiktirafan global terhadap ahli persatuan

Datuk P. Kamalanathan dan Nataša Pavlović Bujas

KUALA LUMPUR, 3 Ogos- Persatuan Pengamal Perhubungan Awam Malaysia (PRactitioners)menjalinkan perjanjian perkongsian dengan Persatuan Perhubungan Awam Antarabangsa (IPRA).

Ia susulan kejayaan PRactitioners dalam penyertaan Hari PR Sedunia, sekali gus bukti pengiktirafan global terhadap ahlinya.

Pengerusi PRactitioners, Datuk P. Kamalanathan berkata menerusi kerjasama itu, ahli persatuan akan mendapat manfaat daripada perspektif yang berharga di peringkat global.

\”Ini termasuk peluang menjalinkan rangkaian hubungan antarabangsa dan akses kepada pelbagai sumber untuk meningkatkan tahap perkembangan profesional mereka.

\”Juga membuka jalan untuk masa depan yang lebih cerah bagi semua yang terlibat,\” katanya menerusi kenyataan.

Sementara itu, Presiden IPRA, Nataša Pavlović Bujas berkata kerjasama berkenaan menandakan langkah yang signifikan bagi PRactitioners dalam memperkukuhkan lagi kedudukannya sebagai pemain utama dalam landskap perhubungan awam global.

\”Mengumpulkan pengamal perhubungan awam profesional di seluruh dunia bukan sahaja membantu menaikkan taraf industri tetapi juga membantu pemahaman bersama dan mengukuhkan kepercayaan strategik antara negara.

\”Ia menggariskan komitmen persatuan untuk memupuk hubungan antarabangsa dan meningkatkan standard amalan perhubungan awam di Malaysia serta seluruh dunia,\” katanya.

Perjanjian itu merangkumi beberapa bidang kerjasama utama, termasuk pertukaran maklumat dan amalan terbaik dalam kalangan pengamal perhubungan awam serta perkongsian penerbitan.

Ini termasuk promosi bersama pembangunan etika dalam profesion perhubungan awam serta kerjasama dalam kod etika dan garis panduan industri.

Related Articles

Mangga Harum Manis Kedah catat lonjakan pengeluaran tahun ini
Nasional

Mangga Harum Manis Kedah catat lonjakan pengeluaran tahun ini

Pengeluaran mangga Harum Manis di Kedah pada tahun ini dijangka meningkat hampir...

Tengku Ampuan Pahang berkenan sertai larian Hari Sarapan MILO
Nasional

Tengku Ampuan Pahang berkenan sertai larian Hari Sarapan MILO

FOTO RTMKUANTAN, 20 April- Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah...

Perkukuh hubungan dua hala, TPM Zahid mulakan lawatan rasmi tiga hari ke Indonesia
Nasional

Perkukuh hubungan dua hala, TPM Zahid mulakan lawatan rasmi tiga hari ke Indonesia

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi / Foto Hiasan...

Pekerja perlu fizikal, mental kuat bantu bangunkan negara
Nasional

Pekerja perlu fizikal, mental kuat bantu bangunkan negara

Menteri Sumber Manusia Steven Sim (lima, kanan) bergambar kenangan bersama peserta pada...