Home Nasional Kerjasama PETROS-PETRONAS, Sarawak sedia untuk berbincang
Nasional

Kerjasama PETROS-PETRONAS, Sarawak sedia untuk berbincang

Kerjasama PETROS-PETRONAS, Sarawak sedia untuk berbincang

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg/BERNAMA

KUCHING, 23 Februari– Sarawak bersedia untuk mengadakan pertemuan bersama kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) dan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS).

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata pihaknya bersedia sekiranya ada pertemuan dilakukan mengenai tujuan kerjasama tersebut.

\”Kalau dia ajak, kita datanglah. Bukanlah sesuatu yang mendesak, tapi sekurang-kurangnya bagus ada kerjasama antara kita,\” kata Abang Johari kepada pemberita hari ini, di sini.

Bagaimanapun, Premier mendedahkan bahawa beliau belum dimaklumkan berkenaan pertemuan tersebut.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Sidang Media Permukiman Jemaah Menteri, Kerajaan MADANI 2025 memaklumkan kerajaan Persekutuan akan mengadakan pertemuan bersama Premier Sarawak berkenaan kerjasama PETRONAS dan PETROS.

Related Articles

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang
Nasional

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang

FOTO RTMKOTA BHARU, 21 April- Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan menggalakkan sekolah-sekolah...

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM
Nasional

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM

Datuk Seri Nancy (TENGAH) pada Majlis Pemakaian Lencana Jalur Gemilang Pada Pakaian...

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah
Nasional

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bergambar kenangan bersama peserta ursus Perdana Haji...

2 cedera, rumah pekerja dijilat api
Nasional

2 cedera, rumah pekerja dijilat api

FOTO JBPM SARAWAKBINTULU, 21 April- Dua individu, seorang wanita berusia 59 tahun...