Thursday , 5 December 2024
Home Nasional Kerjasama Persekutuan-negeri, tingkat pembangunan luar bandar – Zahid
Nasional

Kerjasama Persekutuan-negeri, tingkat pembangunan luar bandar – Zahid

Kerjasama Persekutuan-negeri, tingkat pembangunan luar bandar – Zahid

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi

BETONG, 2 November– Kerajaan Persekutuan komited untuk terus bekerjasama dengan kerajaan-kerajaan negeri bagi memajukan kawasan luar bandar seluruh negara.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata kerjasama itu penting untuk memastikan pembangunan yang seimbang merentasi wilayah dan negeri.

\”Yang penting adalah jalinan kerjasama di antara kerajaan pusat dan juga kerajaan negeri. Jalinan ini bukan hanya terdapat di dalam hubungan rasmi tetapi yang lebih penting adalah jaringan peribadi yang banyak membantu penyelarasan.

Ia tidak termasuk soal pembangunan sahaja tetapi pengimbangan kemajuan di antara wilayah dan negeri. Kami sangat berterima kasih kerana di bawah kepimpinan YAB Premier Sarawak, banyak kemajuan yang telah dibawa melebihi perancangan di peringkat Persekutuan,\” kata Dr. Ahmad Zahid.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Samu, Betong Sarawak.

Jelasnya, jaringan jalan raya yang menghubungkan pekan dan bandar ke Lebuhraya Pan Borneo akan diberi keutamaan bagi memastikan pembangunan meluas ke kawasan pedalaman selain memacu pertumbuhan ekonomi setempat.

Usaha itu termasuk jalan perhubungan desa dan jalan-jalan yang tidak bersambung atau \’missing link\’.

Sementara itu, dalam Rancangan Malaysia Ke-12, kerajaan akan menumpukan usaha untuk menyelesaikan projek yang belum terlaksana, sebelum mengenal pasti projek baharu yang akan dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ke-13.

Related Articles

Kerajaan, agensi perlu lebih tegas realisasi pelan transformasi
Nasional

Kerajaan, agensi perlu lebih tegas realisasi pelan transformasi

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim/ BERNAMAPUTRAJAYA, 5 Disember– Kerajaan serta agensi...

Waspada akaun palsu TikTok 'sprmmalaysia' – SPRM
Nasional

Waspada akaun palsu TikTok 'sprmmalaysia' – SPRM

Tangkap layar akaun TikTok palsu guna nama \’sprmmalaysia\’ yang dikongsi SPRMKUALA LUMPUR,...

Situasi banjir antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Nasional

Situasi banjir antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 5 Disember– Isu berkaitan situasi banjir yang sedang melanda...

Gempa bumi lemah landa Tawau, Sabah
Nasional

Gempa bumi lemah landa Tawau, Sabah

Foto MetMalaysiaKUALA LUMPUR, 5 Disember- Satu gempa bumi lemah dilaporkan berlaku di...