Home Nasional Kerjasama pemain industri, swasta penting kembalikan status Malaysia sebagai Harimau Asia
Nasional

Kerjasama pemain industri, swasta penting kembalikan status Malaysia sebagai Harimau Asia

Kerjasama pemain industri, swasta penting kembalikan status Malaysia sebagai Harimau Asia

Fadillah Yusof

KUALA LUMPUR, 8 Ogos- Semua pemain industri perlu menguasai transformasi teknologi untuk terus kekal bersaing dan seterusnya melonjakkan ekonomi negara.

Justeru Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof menyeru semua pemain industri supaya mempertingkatkan kemahiran teknologi untuk menjadi lebih kreatif dan inovatif.

Katanya, kerjasama daripada pemain industri dan pihak swasta amat penting bagi membolehkan Malaysia kembali mencapai status sebagai Harimau Asia.

\”Kita perlu bersama-sama kembalikan Malaysia sebagai sebuah negara cemerlang bukan sahaja dalam kedudukan politiknya tetapi lebih utama ialah kedudukan ekonomi yang akhirnya akan memberi kemakmuran kepada negara dan kesejahteraan rakyat kita.

\”Kalau kita tidak bersatu dalam tindakan kita, kita tidak akan mampu untuk bergerak sebagai sebuah negara yang berjaya pada masa akan datang. Jadi, marilah kita menjadikan Malaysia ini sebagai Harimau Asia yang baharu,\” katanya pada Anugerah Industri Malaysia (MINDA) 2024 di sini malam ini.

Anugerah yang dianjurkan buat kali kedua oleh Persekutuan Persatuan Perniagaan Malaysia (FMBA) itu adalah bagi mengiktiraf 36 usahawan dan syarikat cemerlang dalam pencapaian membina perniagaan mereka seterusnya menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk R. Ramanan dan Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....