Home Nasional Kerjasama Malaysia-China harus diperluas ke sektor baharu
Nasional

Kerjasama Malaysia-China harus diperluas ke sektor baharu

Kerjasama Malaysia-China harus diperluas ke sektor baharu

Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalaman dengan Li Qiang

KUALA LUMPUR, 30 Disember- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pentingnya dalam memperkukuh serta memperluas kerjasama antara Malaysia dan China ke sektor baharu termasuk tenaga, sains dan teknologi hijau.

Perkara itu seiring meraikan jubli emas hubungan diplomatik antara kedua-dua negara yang disifatkan sebagai \’sahabat sejati\’.

Langkah itu juga berikutan penguatkuasaan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) termasuk keterbukaan pasaran antara Malaysia dan China terus ditingkatkan.

Penyertaan Malaysia dalam Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) di Shanghai menyaksikan produk Malaysia mendapat sambutan semakin baik.

Buktinya Malaysia meraih hampir RM1 bilion eksport durian ke negara tembok besar itu.

Dalam pada itu dasar pengecualian visa antara Malaysia dan China terus melonjakkan jumlah pelancong mencecah 186 peratus.

Jumlah perdagangan dua hala Malaysia-China merekodkan AS$200 bilion bukti China kekal rakan dagang terbesar bagi Malaysia sejak 16 tahun secara berturut-turut.

Malaysia juga menjadi rakan dagang kedua terbesar dan negara pengeksport paling besar bagi China dalam ASEAN.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....