Home Nasional Kerjasama KEMAS, IPTA perkukuh pendidikan awal kanak-kanak
Nasional

Kerjasama KEMAS, IPTA perkukuh pendidikan awal kanak-kanak

Kerjasama KEMAS, IPTA perkukuh pendidikan awal kanak-kanak

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 24 Mac- Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) memperkukuh pendidikan awal kanak-kanak melalui jalinan kerjasama strategik bersama beberapa Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) serta agensi kerajaan

Jelas Timbalan Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang, langkah itu bertujuan meningkatkan pembangunan profesional pendidik dan memperkasa keupayaan pendidikan di Taman Bimbingan Kanak-kanak (TABIKA) dan Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) KEMAS

Antaranya kerjasama melalui Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) serta Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) bagi mewujudkan TABIKA KEMAS smart classroom dan program stream KEMAS.

\”KEMAS turut mendapat pengiktirafan antarabangsa gold award Reader\’s Digest brand sebagai jenama paling dipercayai pilihan pengguna buat kali keenam tahun 2025

\”KEMAS merupakan satu-satunya penyedia perkhidmatan pendidikan awal kanak-kanak milik kerajaan di Malaysia yang mendapat pengiktirafan ini.

\”Anugerah ini berdasarkan kajian yang dilaksanakan oleh Reader\’s Digest di lima negara Asia, yang diberi penilaian dilakukan berdasarkan kebolehpercayaan dan kredibiliti, kualiti nilai, memahami keperluan pengguna, inovasi, dan tanggungjawab sosial,\” katanya di Parlimen di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan yang dikemukan oleh Senator, Datuk Abdul Halim Suleiman

Dalam masa sama, Rubiah menyatakan KEMAS turut mendapat peruntukan sebanyak RM40 juta bagi meningkatkan infrastruktur dan kemudahan pembelajaran

Perkara tersebut selaras dengan komitmen kerajaan dalam memastikan pendidikan awal kanak-kanak yang berkualiti, inklusif, dan memenuhi keperluan semasa.

Related Articles

Mangga Harum Manis Kedah catat lonjakan pengeluaran tahun ini
Nasional

Mangga Harum Manis Kedah catat lonjakan pengeluaran tahun ini

Pengeluaran mangga Harum Manis di Kedah pada tahun ini dijangka meningkat hampir...

Tengku Ampuan Pahang berkenan sertai larian Hari Sarapan MILO
Nasional

Tengku Ampuan Pahang berkenan sertai larian Hari Sarapan MILO

FOTO RTMKUANTAN, 20 April- Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah...

Perkukuh hubungan dua hala, TPM Zahid mulakan lawatan rasmi tiga hari ke Indonesia
Nasional

Perkukuh hubungan dua hala, TPM Zahid mulakan lawatan rasmi tiga hari ke Indonesia

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi / Foto Hiasan...

Pekerja perlu fizikal, mental kuat bantu bangunkan negara
Nasional

Pekerja perlu fizikal, mental kuat bantu bangunkan negara

Menteri Sumber Manusia Steven Sim (lima, kanan) bergambar kenangan bersama peserta pada...