Home Nasional Kerjasama awam-swasta, atasi isu perumahan di ibu kota
Nasional

Kerjasama awam-swasta, atasi isu perumahan di ibu kota

Kerjasama awam-swasta, atasi isu perumahan di ibu kota

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr. Maimunah Mohd Sharif

KUALA LUMPUR, 26 Oktober– Kerjasama antara sektor awam dan swasta dilihat sebagai kunci dalam mengatasi cabaran perumahan di Kuala Lumpur.

Menurut Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr. Maimunah Mohd Sharif, usaha itu termasuk kerjasama dalam projek perumahan, pakej pembiayaan, dan insentif pemilikan rumah.

Dengan kolaborasi tersebut, ia dapat memastikan pemilikan rumah mampu milik lebih mudah diakses oleh semua golongan.

\”Platform ini menggariskan kepentingan kerjasama antara sektor awam dan swasta dalam menangani cabaran perumahan mampu milik dan kehidupan bandar.

Apabila membincangkan perumahan mampu milik, saya sentiasa menekankan prinsip 3 A iaiti \’Affordable\’ (mampu milik), \’Accessible\’ (boleh diakses) dan \’Adequate\’ (mencukupi),\” kata Dr. Maimunah kepada pemberita dalam ucapannya di Pameran Hartanah Malaysia (MAPEX) 2024.

Acara tersebut dianjurankan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), berlangsung dari 25 hingga 27 Oktober 2024 di Pusat Pameran Mid Valley (MVEC).

Edisi kali ini melibatkan kira-kira 27 pemaju, yang turut menampilkan projek pembangunan yang terletak di seluruh Semenanjung Malaysia serta Sabah dan Sarawak.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....