Home Nasional Kerja naik taraf pintu masuk negara siap sebelum hujung tahun
Nasional

Kerja naik taraf pintu masuk negara siap sebelum hujung tahun

Kerja naik taraf pintu masuk negara siap sebelum hujung tahun

Anthony Loke / Foto RTM

SEPANG, 22 Oktober- Kerja menaik taraf dan penambahbaikan di semua pintu masuk negara, terutama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), perlu diselesaikan sebelum hujung tahun ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata ia sebagai persediaan menjelang kepengerusian ASEAN tahun depan.

\”Kita telah pun meminta pihak MAHB untuk mengubah suai dan juga menaik tarafkan bilik-bilik kenamaan. Kita menjangkakan ramai pemimpin ASEAN, orang kenamaan dan sebagainya akan memasuki negara kita melalui pintu masuk utama,\” katanya kepada pemberita di sini.

Menurutnya, perkhidmatan Penggerak Penumpang Automasi (Aerotrain) juga dijangka beroperasi semula, awal Februari depan.

Dalam pada itu, kerajaan sedang berusaha mempercepat kajian ruang udara, bagi memastikan keberkesanan dan kecekapan pengurusan laluan penerbangan.

Beliau berkata ia sebahagian daripada Pelan Hala Tuju Penyahkarbonan Sektor Penerbangan Malaysia, yang dilancarkan Ogos lalu.

\”Kerana dengan adanya ruang udara yang lebih efisien, mereka boleh mendarat dengan lebih cepat. Tidak perlu mengambil satu laluan yang lebih panjang. Dan tidak perlu berlegar di atas ruang udara dengan lebih lama.

\”Jadi ini sesuatu yang sangat penting kerana dengan menjimatkan masa untuk mereka mendarat, setiap minit yang dijimatkan itu ialah bukan sahaja mengurangkan \’carbon emission\’, tetapi mengurangkan kos,\” katanya.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....