Home Nasional Kerja-kerja pembinaan LRA Pelubang dahului jadual
Nasional

Kerja-kerja pembinaan LRA Pelubang dahului jadual

Kerja-kerja pembinaan LRA Pelubang dahului jadual

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar Negeri Kedah, Mohamad Yusuf@Munir Zakaria ketika meninjau tapak projek LRA Pelubang/ Foto RTM

JITRA, 7 Ogos– Kerja-kerja pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) Pelubang di Kubang Pasu kini telah mencapai tahap kemajuan sebanyak 39.02 peratus iaitu mendahului 3.36 peratus atau bersamaan 45 hari lebih awal berbanding jadual sebenar.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar Negeri Kedah, Mohamad Yusuf@Munir Zakaria berkata, LRA Pelubang akan meningkatkan kapasiti air dari 227 MLD kepada 454 MLD.

Ia akan membekalkan air kepada sebahagian penduduk di Kota Setar, Kuala Kedah, Kubang Pasu, Sintok dan kawasan berdekatan.

Katanya, LRA Pelubang diberikan ‘Extension Of Time’ (EOT) sehingga 21 Disember 2025 berikutan beberapa isu teknikal yang dialami sebelum ini.

“Ini antara projek yang memuaskan kerana prestasi sangat baik dan kontraktor melakukan kerja habis-habisan..Dengan kemajuan yang memberangsangkan ini, diharapkan projek LRA Pelubang akan siap mengikut jadual dan dapat memberikan manfaat yang besar kepada penduduk di kawasan yang terlibat\”, katanya selepas meninjau kerja-kerja pembinaan di LRA Pelubang di sini.

LRA Pelubang dibina dengan kos sebanyak RM431,000,000 menggunakan dana pinjaman daripada Kerajaan Persekutuan.

Sehingga kini, lebih RM129,000000 telah dibelanjakan untuk projek tersebut.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....