Sunday , 22 December 2024
Home Nasional Kerja baik pulih cerun di Taman Bukit Intan, dijangka siap Oktober
Nasional

Kerja baik pulih cerun di Taman Bukit Intan, dijangka siap Oktober

Kerja baik pulih cerun di Taman Bukit Intan, dijangka siap Oktober

Exco Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Negeri Sembilan, Nocile Tan Lee Koon

SEREMBAN, 3 September – Kerja-kerja membaik pulih dan pengukuhan cerun di Taman Bukit Intan, di sini yang runtuh pada pada 18 Jun 2022, dijangka siap pada Oktober 2024.

Menurut Exco Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Negeri Sembilan, Nocile Tan Lee Koon kerja baik pulih cerun tersebut melibatkan peruntukan sebanyak RM1.17 juta menerusi Sistem Maklumat Rekod-rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS).

Jelasnya, walaupun sebelum ini kerja-kerja baik tersebut tergendala disebabkan beberapa faktor namun selepas mendapat kelulusan serta peruntukan aktiviti baik pulih tersebut segera dilaksanakan.

Kerja-kerja baik pulih telah bermula pada 27 Mac lalu dan dijangka siap Oktober depan.

\”Projek melibatkan peruntukan RM1.17 juta dan selepas ini mereka akan bina longkang 80 meter panjang dan 30 meter panjang longkangnya, jadi itu akan memastikan perkara itu tidak berulang lagi,\” kata Nocile Tan sambil menambah kejadian cerun runtuh tersebut turut menjejaskan sebuah kediaman berhampiran.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepayang berkata demikian pada sidang media Kerja Membaik pulih dan Pengukuhan Cerun di Taman Bukit Intan, di sini.

Related Articles

Amaran ribut petir, hujan lebat di Perak, Selangor dan Sabah
Nasional

Amaran ribut petir, hujan lebat di Perak, Selangor dan Sabah

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 21 Disember – Amaran ribut petir, hujan lebat...

Tol percuma sempena Krismas, 23 dan 24 Disember
Nasional

Tol percuma sempena Krismas, 23 dan 24 Disember

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 21 Disember – Pemberian tol percuma akan kepada...

Teater: Platform utama angkat karya agung bangsa
Nasional

Teater: Platform utama angkat karya agung bangsa

FOTO BERNAMAMELAKA, 21 Disember – Pementasan teater kekal relevan sebagai medium utama...

Kes kemalangan di Sarawak meningkat, JPJ ambil langkah tegas
Nasional

Kes kemalangan di Sarawak meningkat, JPJ ambil langkah tegas

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibolah / Foto RTMKUCHING, 21 Disember –...