Home Nasional Kereta terjunam ke dalam sungai, tiga kanak-kanak maut
Nasional

Kereta terjunam ke dalam sungai, tiga kanak-kanak maut

Kereta terjunam ke dalam sungai, tiga kanak-kanak maut

Kenderaan dinaiki 10 orang dengan lapan daripadanya pelajar Sekolah Kebangsaan Agama (MIS) Lawas

LAWAS,18 Oktober – Tiga kanak-kanak maut manakala enam lagi terselamat selepas sebuah kereta Perodua Alza yang dipandu seorang lelaki terjunam ke dalam sungai di Kampung Awat-Awat, Jalan Awat-Awat, Sundar, di sini tengah hari tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata mangsa, Mohamad Nazran Awang Matasan,10, Mohd Fayard Mohd Azmi, 5, dan Eryna Akifa Imani Zukri, 8, dilaporkan meninggal dunia semasa diberikan rawatan di Hospital Lawas.

Beliau berkata seorang lagi kanak-kanak perempuan, Madieenatul Munawarah Mohd Azmi, 9, dikejarkan ke Hospital Miri untuk rawatan lanjut dan dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.

“Kenderaan tersebut dinaiki 10 orang dengan lapan daripadanya pelajar Sekolah Kebangsaan Agama (MIS) Lawas manakala seorang kanak-kanak berusia 5 tahun merupakan anak kepada pemandu berusia 38 tahun itu.

“Enam daripada mereka termasuk pemandu berjaya menyelamatkan diri selepas lelaki itu bertindak membuka pintu bonet bahagian belakang kereta. Tiga kanak-kanak yang terperangkap di dalam kenderaan yang tenggelam itu telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum dihantar ke Klinik Kesihatan Sundar, Lawas,” katanya dalam kenyataan petang ini.

Beliau berkata panggilan berhubung kejadian itu diterima pada 1.15 tengah hari dan tujuh anggota dengan satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas telah digerakkan ke lokasi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Lawas Liong Tindan berkata polis telah menahan pemandu kereta Perodua Alza tersebut untuk siasatan.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati kenderaan tersebut yang bergerak dari arah Pekan Sundar menuju ke Kampung Awat-Awat hilang kawalan dan terbabas ke sebelah kiri jalan sebelum memasuki kawasan paya bakau berair,” katanya.

Beliau berkata lelaki yang yang bekerja sebagai nelayan itu disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu atau membahayakan hingga menyebabkan kematian.- BERNAMA

Related Articles

Banjir di Johor pulih sepenuhnya
Nasional

Banjir di Johor pulih sepenuhnya

FOTO FAIL KOTA TINGGI, 6 Februari – Tiga buah pusat pemindahan sementara...

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub
Nasional

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub

Foto UMKUALA LUMPUR, 6 Februari – Seramai 500 penduduk Orang Asli di...

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari
Nasional

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin KUALA LUMPUR, 6 Februari –...

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini
Nasional

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 6 Februari – Objektif Kepengerusian ASEAN, langkah menangani...