Home Nasional Kereta mewah terbakar langgar bateri lori
Nasional

Kereta mewah terbakar langgar bateri lori

Kereta mewah terbakar langgar bateri lori

Sebuah kereta mewah hangus terbakar di Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, di sini petang tadi selepas dipercayai melanggar bateri lori yang ditinggalkan di atas jalan raya / Foto RTM

BAYAN LEPAS, 30 Disember – Sebuah kereta mewah hangus terbakar di Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, di sini petang tadi selepas dipercayai melanggar bateri lori yang ditinggalkan di atas jalan raya.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Penolong Pesuruhjaya Polis, ACP Sazalee Adam memaklumkan tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian tersebut.

\”Pemandu kereta berusia 23 tahun itu meneruskan pemanduan selepas melanggar bateri berkenaan sebelum memberhentikan kenderaan apabila menyedari keretanya berasap,\” katanya menerusi kenyataan.

Sementara itu, Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu pada pukul 3.18 petang.

Operasi memadam kebakaran dijalankan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru dengan bantuan BBP Batu Kawan.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....