Thursday , 6 February 2025
Home Nasional Kereta kabel Langkawi beroperasi semula
Nasional

Kereta kabel Langkawi beroperasi semula

Kereta kabel Langkawi beroperasi semula

Operasi kereta kabel Langkawi kembali beroperasi hari ini akibat kejadian kepala air di Air Terjun Telaga Tujuh pada Jumaat / Foto RTM

LANGKAWI, 24 Ogos – Kereta kabel Langkawi kembali beroperasi hari ini setelah terhenti seketika akibat kejadian kepala air di Air Terjun Telaga Tujuh, di sini pada Jumaat.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Datuk Haslina Abdul Hamid berkata kerja-kerja pembersihan giat dijalankan susulan banjir kilat yang berlaku di kawasan tersebut.

\”Banjir kilat hanya berlaku untuk sementara waktu sahaja, dan alhamdulillah, sehingga tengah hari ini, kerja-kerja pembersihan telah dilaksanakan dengan baik,\” katanya kepada pemberita, di sini.

Dalam kejadian tersebut, beberapa buah kenderaan dan lapan unit kedai di kawasan berkenaan telah dinaiki air sedalam 0.5 meter.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Related Articles

Banjir di Johor pulih sepenuhnya
Nasional

Banjir di Johor pulih sepenuhnya

FOTO FAIL KOTA TINGGI, 6 Februari – Tiga buah pusat pemindahan sementara...

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub
Nasional

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub

Foto UMKUALA LUMPUR, 6 Februari – Seramai 500 penduduk Orang Asli di...

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari
Nasional

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin KUALA LUMPUR, 6 Februari –...

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini
Nasional

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 6 Februari – Objektif Kepengerusian ASEAN, langkah menangani...