Home Nasional Kereta dipandu warga emas hilang kawalan, penunggang motosikal nyaris maut
Nasional

Kereta dipandu warga emas hilang kawalan, penunggang motosikal nyaris maut

Kereta dipandu warga emas hilang kawalan, penunggang motosikal nyaris maut

Foto Media Sosial

SUNGAI PETANI, 13 Januari – Seorang penunggang motosikal nyaris maut apabila motosikal yang dipakir di hadapan sebuah pasaraya di stesen minyak Jalan Cindai Jaya Sungai Petani Kedah dirempuh sebuah kereta yang hilang kawalan semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Wan AzharuddinWan Ismailmenerusi kenyataan berkata, dalam kejadian itu pemandu kereta terbabit seorang wanita warga emas dipercayai tertekan pedal minyak selepas selesai mengisi petrol.

\”Apabila memulakan perjalanan, pemandu berusia 83 tahun itu tidak sengaja telah tertekan pedal minyak lalu. Akibat rempuhan itu kedua-dua kenderaan terbabit terus menuju kehadapan dan memecahkan dinding pasaraya berkenaan,\” menurut Wan Azharuddin.

Kedua-dua pemandu dan penunggang motosikal tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kejadian kemalangan itu turut tular di Facebook. Kes disiasat bawah Peraturan10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959(10 LN 166/59).

Related Articles

8 kru diselamatkan dari kapal tangki berdaftar Malaysia yang karam di perairan Singapura
Nasional

8 kru diselamatkan dari kapal tangki berdaftar Malaysia yang karam di perairan Singapura

FOTO HIASANSINGAPURA, 13 Januari- Kesemua lapan anak kapal tangki Silver Sincere yang...

Hujan berterusan dijangka landa Johor sepanjang hari ini
Nasional

Hujan berterusan dijangka landa Johor sepanjang hari ini

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 13 Januari – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan...

Kenderaan masuk laluan bertentangan, punca enam maut di Semporna
Nasional

Kenderaan masuk laluan bertentangan, punca enam maut di Semporna

FOTO FAIL SEMPORNA, 13 Januari – Kemalangan maut membabitkan tiga kenderaan di...

Anwar tiba di UAE untuk lawatan kerja tiga hari
Nasional

Anwar tiba di UAE untuk lawatan kerja tiga hari

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar dalam rangka lawatan ke UAE selama tiga...