Home Nasional Kerajaan utamakan keselamatan pelajar Malaysia di Asia Barat
Nasional

Kerajaan utamakan keselamatan pelajar Malaysia di Asia Barat

Kerajaan utamakan keselamatan pelajar Malaysia di Asia Barat

Gambar arkib

PUTRAJAYA, 29 Oktober – Aspek keselamatan dan kebajikan pelajar Malaysia yang berada di Asia Barat akan terus diberi keutamaan khususnya di kawasan konflik.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, kerajaan sentiasa bertindak proaktif terhadap situasi seumpama itu, bagi memastikan keselamatan dan kebajikan pelajar terjamin.

Tambahnya, pelajar yang berada di Asia Barat disaran untuk meneruskan pelajaran dan tidak perlu bimbang kerana kerajaan akan segera mengeluarkan mereka jika situasi memerlukan.

\”Kebajikan pelajar-pelajar kita di Asia Barat agar sentiasa dijaga dan kita akan pastikan supaya keadaan mereka, terutama pelajar di Jordan, di mana kawasan itu juga sudah kita saksikan bagaimana krisis di sana sedang mengguncang pada hari ini.

\”Kerajaan Malaysia sentiasa bekerjasama dengan pihak kerajaan Jordan dan juga dengan kerajaan Mesir untuk memastikan keselamatan rakyat Malaysia dan khususnya pelajar-pelajar kita yang berada di sana,\” katanya selepas Majlis Peluncuran MySiswaPlace – Portal Baucer Buku Madani Fasa Kedua di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan MySISWAPLACE merupakan langkah transformasi pendigitalan perkhidmatan dan produk sekali gus meningkatkan tahap kecekapan pengurusan penyaluran sumbangan kepada pelajar yang memerlukan.

Portal MySISWAPLACE diharap menjadi pusat sehenti bagi pelajar mendapatkan segala maklumat, pemudah cara proses pembelajaran serta penyaluran semua bentuk sumbangan.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....