Thursday , 6 February 2025
Home Nasional Kerajaan teliti keberkesanan subsidi bersasar diesel
Nasional

Kerajaan teliti keberkesanan subsidi bersasar diesel

Kerajaan teliti keberkesanan subsidi bersasar diesel

Amir Hamzah Azizan

KUALA LUMPUR, 23 Julai- Kerajaan meneliti keberkesanan inisiatif penyasaran subsidi diesel dan memfokuskan penambahbaikan sistem Skim Kenderaan Diesel Bersubsidi (SKDS) 2.0, jika subsidi bersasar RON95 dilaksanakan kelak, kataMenteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

\”Kita akan meneliti apa-apa yang kita belajar daripada penyasaran subsidi (diesel) untuk RON95. Tapi untuk RON95, sistemnya (penyasaran subsidi) akan berbeza daripada diesel, yang mana (diesel) kita hanya melihat daripada segi pengguna 300,000 kenderaan sahaja yang diberikan (subsidi). Namun, bagi RON95 akan lebih meluas.

\”Jadi kerajaan masih meneliti dan memperhalusi sistem (subsidi bersasar)yang ada, di mana kita akan dapat melaksanakan lebih elok lagi, sekiranya penyasaran semula RON95 dibuat,\” katanya di Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Senator Datuk Dr Azhar Ahmad mengenai keberkesanan program Bantuan Subsidi MADANI (BUDI MADANI) kepada pemilik kenderaan diesel persendirian bagi individu, petani kecil dan pekebun kecil komoditi.

Tambah Amir Hamzah, kerajaan telah melaksanakan penyasaran semula subsidi diesel yang menyasarkan 23 jenis kenderaan pengangkutan barangan darat melalui sistem SKDS 2.0 dengan kaedah \’fleet card\’.

Menerusi penggunaan \’fleet card\’, syarikat pengangkutan barangan darat layak untuk mendapat bekalan diesel di stesen minyak pada harga RM2.15 sen seliter serentak dengan langkah perlaksanaan program Budi MADANI Individu dan Budi MADANI agrokomoditi.

Related Articles

Banjir di Johor pulih sepenuhnya
Nasional

Banjir di Johor pulih sepenuhnya

FOTO FAIL KOTA TINGGI, 6 Februari – Tiga buah pusat pemindahan sementara...

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub
Nasional

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub

Foto UMKUALA LUMPUR, 6 Februari – Seramai 500 penduduk Orang Asli di...

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari
Nasional

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin KUALA LUMPUR, 6 Februari –...

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini
Nasional

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 6 Februari – Objektif Kepengerusian ASEAN, langkah menangani...