Home Nasional Kerajaan sedia ubah dasar, mudahkan aliran masuk pelaburan ke Malaysia
Nasional

Kerajaan sedia ubah dasar, mudahkan aliran masuk pelaburan ke Malaysia

Kerajaan sedia ubah dasar, mudahkan aliran masuk pelaburan ke Malaysia

FOTO RTM

LIMA, 15 November- Kerajaan bersedia mengubah dasar sedia ada bagi memudahkan aliran masuk pelaburan bernilai tinggi ke Malaysia.

Jelas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai contoh, Malaysia kini sedang menilai keseluruhan dasar mengenai pemuliharaan air susulan permintaan tinggi dari pusat data di seluruh negara.

\”Kita menerima permintaan untuk air daripada pusat data, saya tidak pasti untuk apa kegunaannya tapi mereka meminta lebih banyak air dan tenaga,\” katanya ketika berucapsewaktu menjadi salah seorang panel Sidang Kemuncak CEO APEC di Lima Peru.

Selain itu, kerajaan juga telah mula melaksanakan banyak perubahan dalam latihan dan kokurikulum di sekolah, universiti serta kolej agar seiring permintaan semasa.

Setakat ini Malaysia berjaya melaksanakan pelbagai perubahan kerana kerajaan bersedia menerima pandangan daripada pelbagai pihak demi memastikan negara terus kompetitif.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....