Thursday , 6 February 2025
Home Nasional Kerajaan Sarawak komited tingkatkan infra di kawasan pedalaman
Nasional

Kerajaan Sarawak komited tingkatkan infra di kawasan pedalaman

Kerajaan Sarawak komited tingkatkan infra di kawasan pedalaman

Pembinaan jambatan gantung di Rh Andrew Anak Jarau, Ulu Anap, Tatau siap empat bulan lebih awal daripada jadual asal

TATAU , 12 Ogos- Majlis penyerahan jambatan gantung di Rh Andrew Anak Jarau, Ulu Anap, Tatau telah berlangsung semalam menandakan kejayaan projek yang siap empat bulan lebih awal daripada jadual asal.

Projek berkenaan merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan negeri Sarawak untuk meningkatkan infrastruktur di kawasan pedalaman.

Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Datuk Seri John Sikie Tayai, mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri, khususnya Premier Sarawak, atas peruntukan RM1.018 juta yang digunakan untuk pembinaan jambatan tersebut.

Beliau turut menekankan pentingnya pembangunan ekonomi melalui pertanian di kawasan pedalaman, dengan mencadangkan penanaman lada dan kopi yang sesuai dengan iklim tempatan.

Jelasnya, penduduk turut digalakkan untuk mendaftar dengan e-tani bagi memudahkan penyaluran bantuan kerajaan.

Selain itu, Datuk Seri John Sikie Tayai mengumumkan geran Projek MRP sebanyak RM15,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rh Andrew dan merasmikan projek RTP untuk membaik pulih dan menyelenggara jalan di Rh Andrew.

Dalam lawatannya ke Rh Pajih Anak Mawang, beliau mengumumkan peruntukan MRP tambahan sebanyak RM30,000 kepada JKKK Rh Pajih.

Related Articles

Banjir di Johor pulih sepenuhnya
Nasional

Banjir di Johor pulih sepenuhnya

FOTO FAIL KOTA TINGGI, 6 Februari – Tiga buah pusat pemindahan sementara...

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub
Nasional

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub

Foto UMKUALA LUMPUR, 6 Februari – Seramai 500 penduduk Orang Asli di...

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari
Nasional

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin KUALA LUMPUR, 6 Februari –...

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini
Nasional

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 6 Februari – Objektif Kepengerusian ASEAN, langkah menangani...