Sunday , 17 November 2024
Home Nasional Kerajaan peruntuk RM190 juta projek jalan kampung Orang Asli di Gua Musang
Nasional

Kerajaan peruntuk RM190 juta projek jalan kampung Orang Asli di Gua Musang

Kerajaan peruntuk RM190 juta projek jalan kampung Orang Asli di Gua Musang

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menghadiri Majlis Pecah Tanah Projek Jalan Perhubungan Desa dan Penggantian Jambatan Batu 6, Nenggiri, Gua Musang, Kelantan hari ini/Foto Facebook Zahid Hamidi.

GUA MUSANG, 30 Julai – Kerajaan memperuntukkan RM190 juta untuk membina dan menyiapkan jalan perhubungan desa sepanjang 94 kilometer (km) di lima Pos masyarakat Orang Asli di Gua Musang.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata lima Pos Orang Asli yang terbabit adalah Kuala Betis, Bihai, Belatim, Balar dan Poshau dan di jangka siap sepenuhnya Ogos 2028.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) berkata, pelaksanaan projek itu akan memberi impak kepada sosioekonomi dan manfaat kepada 7,147 penduduk Orang Asli di 68 buah kampung di Gua Musang.

\”Besarlah harapan saya agar projek-projek ini dapat meningkatkan ketersambungan dan kesalinghubungan masyarakat di sini terutamanya para guru yang sebelum ini perlu mengharungi perjalanan sejauh 60 km untuk ke sekolah seperti di Pos Bihai.

\”Saya harap dengan adanya kemudahan jalan ini ia akan memendekkan perjalanan, menyelesaikan permasalahan penduduk kampung orang asli dan guru-guru mengajar di sekolah-sekolah orang asli.

\”Tekad saya selaku Menteri KKDW yang bertanggungjawab atas kesejahteraan masyarakat luar bandar akan terus memastikan kebajikan masyarakat di perdesaan terus terbela.

\”Semoga kerjasama dari semua pihak yang bertanggungjawab dapat diperhebatkan lagi agar kita dapat memastikan kepentingan rakyat sentiasa diutamakan,\” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Projek Membina dan Menyiapkan Jalan Perhubungan Desa dan Projek Mengganti Jambatan Batu 6, di Kuala Betis, di sini, hari ini.

Tegas beliau, projek pecah tanah berkenaan tidak mempunyai kaitan dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, sebaliknya ia hanya kebetulan kerana permohonan telah di buat sejak awal tahun ini.

Pada tahun 2023, Kerajaan turut meluluskan peruntukkan sebanyak RM11 juta bagi melaksanakan projek penggantian Jambatan Batu 6, Nenggiri sepanjang 135 meter.

Kedua-dua projek itu juga lengkap dengan pakej lampu jalan solar LED, sistem perparitan yang terancang, perabot jalan dan dijangka siap dalam tempoh 48 bulan.

Sementara itu, Roireng Ngah yang juga penduduk di kawasan itu merasa lega dan bersyukur atas keperihatinan kerajaan setelah mereka menanti pembangunan di sekitar itu sejak sekian lama.

\”Memang bersyukur dan saya mengucapkan tahniah terima kasih kepada kerajaan perpaduan kerana selama ini memang tak ada lagi tak ada pernah di buat,\” katanya.

\”Selama ini memang kita bersusah payah melalui jalan yang begitu teruk. Ada penduduk yang patah kaki, pengsan dan macam-macam tapi hari ini Alhamdulillah, kerana ini penantian yang ditunggu,\” kata Mulian Alok.

Related Articles

PM selamat tiba di Brazil, hadir Sidang Kemuncak G20
Nasional

PM selamat tiba di Brazil, hadir Sidang Kemuncak G20

Foto FailLIMA, 17 November– Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat tiba...

Pembuangan sampah, tahap kesedaran masyarakat masih rendah – JAS
Nasional

Pembuangan sampah, tahap kesedaran masyarakat masih rendah – JAS

Foto RTMTANJUNG DAWAI, 17 November– Tahap kesedaran orang ramai ketika berkunjung ke...

Suami isteri maut dirempuh pemandu mabuk
Nasional

Suami isteri maut dirempuh pemandu mabuk

Foto IPD Seri AlamJOHOR BAHRU, 17 November-Sepasang suami isteri meninggal dunia selepas...

Kerjasama ASEAN-APEC, pastikan pembangunan mampan, integrasi ekonomi
Nasional

Kerjasama ASEAN-APEC, pastikan pembangunan mampan, integrasi ekonomi

Foto Facebook Tengku ZafrulLIMA, 17 November– Kerjasama erat antara ASEAN dan Kerjasama...