Home Nasional Kerajaan peruntuk RM10 bilion untuk Skim Jaminan Kredit Perumahan
Nasional

Kerajaan peruntuk RM10 bilion untuk Skim Jaminan Kredit Perumahan

Kerajaan peruntuk RM10 bilion untuk Skim Jaminan Kredit Perumahan

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming / Foto RTM

KUALA LUMPUR, 24 Oktober – Kerajaan memperuntukkan RM10 bilion bagi Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) tahun hadapan, yang dijangka membantu hampir 20,000 pembeli rumah mendapatkan pinjaman perumahan.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata inisiatif tersebut merupakan komitmen kerajaan untuk memastikan setiap rakyat Malaysia mampu memiliki rumah sendiri, khususnya pekerja dalam ekonomi gig dan mahasiswa yang baru menamatkan pengajian.

\”Ini akan menyelesaikan isu kebolehpercayaan bank, khususnya untuk pekerja ekonomi gig dan mahasiswa yang sukar mendapatkan pinjaman. Dengan SJKP dan tambahan RM10 bilion ini, mereka boleh memohon pinjaman bagi membeli rumah,\” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi libat urus bersama media sempena pembentangan Belanjawan 2025 di sini.

Selain itu, mulai tahun hadapan, kerajaan turut menawarkan pelepasan cukai sehingga RM7,000 untuk bayaran faedah pinjaman perumahan.

Ini terutamanya kepada pembeli rumah pertama yang membeli kediaman di bawah harga RM500,000 untuk tempoh tiga tahun.

Dalam pada itu, Kor Ming berkata, menerusi Belanjawan 2025, kerajaan turut memperuntukkan lebih RM50 juta bagi membaik pulih prasarana pasar awam di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Peruntukan tersebut merangkumi cadangan pembinaan pasar baharu.

Kor Ming berkata, mekanisme baharu akan dilaksanakan bagi pemilihan tender untuk projek pasar awam, yang bernilai RM10 juta ke atas.

Kementerian akan bekerjasama dengan Pertubuhan Arkitek Malaysia untuk mengadakan pertandingan seni bina secara terbuka.

\”Dasar baharu kita sangat jelas, mana-mana pembinaan pasar awam bernilai RM10 juta ke atas wajib menggunakan sistem tender terbuka,\” katanya.

Inisiatif itu bertujuan menjadikan pasar sebagai destinasi pelancongan yang mempamerkan keunikan budaya Malaysia kepada dunia, di samping fungsinya sebagai tempat membeli-belah.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....